Showing posts with label juadah makan tengahari. Show all posts
Showing posts with label juadah makan tengahari. Show all posts

Monday, June 25, 2012

kaki Octopus

 Alhamdulillah, kenyang selepas ni aku kena tetapi janji-janjiku InsyaAlah aku akan rancang perjalanan hidup aku tapi dalam masa yang sama aku percaya yang aku hanya mampu merancang ,Allah SWT jua yang menentukannya segala-galanya  .
Kali pertama  aku makan tako octopus ni yuyi belikan untuk aku 2 tahun lepas.Kali kedua aku makan baru  kejap tadi. Aku yang makan kenapa dua orang kawan aku ni merasa seolah-olah kaki  octopus menjalar-jalar  diseluruh badan dorang  terutama pompuan pregnant ni.


Sekadar luahan hati

Sekurang-kurangnya masih ada seorang yang boleh berfungsi  dengan baik  di sini.

Wednesday, June 20, 2012

Bila Salena Gomez mengecam muka Dr.Faiz

Pikatlah selagi kau boleh pikat  tapi biarlah pikat yang  membawa bahgia. Aku memang suka memikat terutama memikat selera anak-anak aku.Kalau larat  setiap hari aku nak pikat anak -anak ngan memasak makanan kegemaran dorang . Aku suka nak cakap bab pikat selera anak-anak je pikat  selera suami aku tak moh cakap terlalu subjektif . Dalam  kehidupan ni pada aku apa yang  penting aku tahu apa yang aku buat ,aku  setia, ikhlas  dan  jujur ngan diri aku sendiri. Aku nak anak-anak aku dan suami   tahu walau dimana jua aku berada dorang sentiasa kat dalam hati aku .

Dalam hidup aku ada satu benda yang aku cuba  lakukan berulang kali  tapi tetap tak berjaya , korang nak tahu apa  bendanya? "BERLAKON", kalau dengan berlakon aku boleh menyakinkan orang lain mempercayai aku, nampaknya  lepas ni aku  kena menghadiri kelas lakonan daripada aktor dan aktress terkenal tempatan bagi memantapkan skil lakonan aku. aku dah bosan aku dah bosan ngan lakonan dunia.

Anak-anak aku memang tak memilih makanan janji  masakan tu dimasak ngan sempurna dan cukup rasa . Yang paling tak menahan   bila dorang berada diluar kawasan dorang petik-petik nak makan   masakan yang macam aku masak.Mana nak gagau masakan  aku kat luar kawasan bagi aku  setiap orang ada skill memasak masing-masing *mantapkan pujik diri sendiri *


juadah aku semalam simple tapi dapat  memikat  selera anak-anak 
Sarapan pagi ; roti telur berkucai berbawang-nama roti ada sedikit kebangangan.recepi lebih kurang kat cini.manjakan
Kobis cina goreng ngan ikan bilis , bawang putih ditambah  suhun, fucuk dan carrot
Telur & kentang goreng bersambal ni feveret firdaus-resepi kat sini ye.
Sambal aku tak tuang habis kat atas telur ngan kentang goreng , sambal selebihnya aku simpan nanti kalau Firdaus nak sambal lebih  dia boleh ambik sendiri.
Kek butter untuk bekalan seminggu  firdaus . Kek tu aku buh dalam esbok ala kek silver bird -nak resepi kek yang ala-ala ni kat sini.
sehari dia bawak lebih kurang 6-7 ketul kek  dia share ngan kengkawan dia 



Sekadar luahan hati

Jujur aku katakan aku nampak je brutal tapi pemalu. Petang semalam lebih kurang pukul 5.30 petang aku ngan salena gomez  berselisih  ngan Dr. Faiz kat Fitness Centre .Pada mulanya aku tak perasan Dr.Faiz, salena gomez yang cam Dr.Faiz  dia bagitau aku , aku toleh belah kiri confirmlah tu Dr. Faiz terpandang je muka dia aku tak tahu nak cakap ape  lidah aku kelu seribu bahasa dalam hati nak tegur tak nak tegur last last masa terbuang cam tu je sampailah dia tolak pintu masuk Fitness center (Bukti aku seorang yang  pemalu ) bila difikir balik menyesal plak tak say hye kat Dr.Faiz kalau tak boleh paw dia belanja makan penang char kueh teow.la la la 

Dr. Faiz masuk gym ngan bergaya lagi  kalau tak silap aku di pakai kemeja   lengan panjang warna kelabu.

Okeylah sekian saje buat hari ni berjumpa lagi di lain hari dan waktu . mak nak gi klinik jap jumpa doktor tapi bukan dr.Faiz ye.

Saturday, June 16, 2012

Jangan buat muka sardin boleh tak?

Makan sardin tak pe tapi kalau boleh janganlah buat muka sardin. Peringatan tu aku tujukan untuk Firdaus sebab bila lapar dia suka tonjolkan muka ala-ala sardin. Puas aku belek muka  ikan sardin basah  dan ikan sardin dalam tin  okey je tak delah buruk sangat muka sardin. la la la la

Dua tiga hari ni aku kurang selera makan nasi .Lauk ikan dah jemu,  ayam lagilah aku tak selera.Hari-hari masak pun  naik pening kepala nak fikir masak apa last last tadi  aku masak sardin goreng cili api  , sayur plak aku goreng taugeh goreng kucai  dan telur dadar. Sardin  ni kalau sesekali masak boleh membangkit selera .

Suami aku cakap taugeh ngan kucai ni tak  boleh makan selalu, suami aku cakap bukan aku yang cakap kalau tak betul pegi ganyang suami aku. la la la la
ada macam chef tak : )
Aku suka mengaringkan  bawang ngan tahu sampai bertukar kaler, jangan hangit udah.
Taugeh ni  aku goreng ngan sos tiram dan bawang putih
Pagi ni sekali lagi  aku keluarkan lesung batu untuk  menumbuk bawang merah, 1/2 inci halia dan  cili api. Yes aku guna hampir 10 biji bawang merah kecik ngan 15 biji cili api(bukan cabai burung)
 
Asingkan ikan sardin dari sos. Selalunya aku gorengkan  dulu ikan sardin  sebelum di masak  sambal atau gulai
1)Tumis bawang merah tumbuk sampai naik bau
2)tumis cili tumbuk hingga garing
3)masukkan sedikit air asam jawa cair dikuti ngan sos ikan sardin
4)Biar agak mendidih-guna api sederhana
5)Masukkan ikan sardin yang dah di goreng
7)masukkan hirisan  1/2 biji bawang holand
6) Kacau kaup balik biar sekejap
7)sebelum angkat buh  1 tsp gula, sedikit garam ngan secubit kecil serbuk perasa.


Ikan sardin goreng cili api yang tak berapa pedas 
Fidaus kalau dapat makan nasi berlaukkan  sardin aku duk sebelah pun dia tak nampak.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang



Friday, June 15, 2012

Tidur sebantal mimpi lain -lain

Ada ke orang yang tidur sebantal dapat mimpi yang sama . Jangan buat aku gelik petang-petang hari ni boleh tak ? Aman dunia kalau tidur sebantal dapat mimpi yang sama.
Tengahari tadi kitaorang makan disini. gelandangan yang dah kembali kepangkal jalan.la la la. Masuk hari ni dah kali ketiga kitaorang makan kat sini. Hari pertama makan kat sini ada mat gian yang cuba -cuba nak test market. "hello mat gian pegi test market kat tempat lain boleh tak , aku ngan kengkawan aku ni dah penuh ilmu mat gian didada" Kalau dia nak makan nasi aku boleh boleh bagi tapi kalau nak duit paham-paham udah. Nasib baik dia paham isyarat mata dan tangan aku, kalau tidak mahu mangkuk sambal telur aku melayang 90 darjah celcius *matematik tak dapat kredit*
Nasi lemak yang aku cerita tu.Tak sia -sia tinggal bekas, nasib ko lah neelofa tak merasa nasi lemak aku.
Aku percaya satu hari nanti pasti ada putera raja dari morocco akan meminang kawan aku ni. cis nak morocco aje.Aku pasti satu hari nanti aku akan buang link  blog kak limah dari senarai blog list aku.


Jumpa lagi ...........................

Thursday, May 24, 2012

Anggerik Desa di Westport Tower


Sesekali aku nak gak  jadi anggerik desa tapi cam tak sesuai plak ngan diri aku yang tak gegirl ni. Kak limah mungkin sesuai kot .la la la la  Tengahari tadi aku makan kat westport tower. Dah lama tak makan kat situ. Alang kepalang pegi bank aku makan  sekali kat situ. Punyalah banyak lauk pauk yang ada kat situ , naik rambang mata aku.Tak tahu nak pilih yang mana satu. Pilih punya pilih last last  aku ambik ayam masak lemak, sambal belacan dan taugeh kasar masak lemak , dah tu je yang aku nampak sedap.

Aku ni tak memilih makanan janji   makanan tu halal dan yang penting sekali  dimasak ngan sempurna. Zaman sekarang ni susah nak cari makanan yang dimasak ngan sempurna.Bukan susah sangat pun nak masak ngan sempurna  nak ngan taknak je . Aku bagi contoh cara nak masak  lemak  ayam dengan sempurna

1)cili api kisar  bersama  kunyit hidup dan sedikit garam
2) 2 atau 3 batang serai titik 
3)sekeping asam keping- buat syarat
4)santan kelapa

kecutkan cili kisar ngan serai titik bersama ayam yang dah digaram kunyit .Bila dah kecut masukkan santan, tembok kuah hingga mendidih.Sebelum angkat buh asam keping. Mudahkan.  

Aku kecewa ngan masak lemak ayam ni , rasa serai pun tak de.Nak kata sambal belacan tak de  langsung rasa belacan. Aku puji taugeh kasar masak lemak dia sedap. 

Anggerik desa makan ngan penuh bersopan santun.la la la

Karina Lau the legend 


Kalau tak bergambar kat balik pokok  bukan namanya Anggerik desa, ye dak .


Sekadar luahan hati

Bila aku komplin bab  makanan jangan ingat aku tak bersyukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada aku.  Niat  aku  sekadar nak mengingatkan kepada  diri sendiri dan orang lain supaya   menghargai duit hasil titik peluh orang lain.itu saje

Segala yang baik itu datang  dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari aku .




Monday, April 23, 2012

petua untuk anak -anak cepat membesar bagai johan-mak tengah sedih

Syukur sangat sangat pada Allah SWT , a lot of thank pada anak aku yuyi yang belikan aku handphone untuk mengantikan handphone kesayangan aku yang baru je beberapa hari lepas rosak. Aku tak suruh pun dia belikan aku handphone baru dia yang rela hati nak belikan , katanya kalau aku tak de handphone nanti ada apa -apa hal susah dia nak hubungi aku . Sebelum dia belikan aku handphone awal- awal lagi aku dah pesan kat dia beli handphone murah-murah je yang second hand pun tak pe dan kalau boleh handphone sony ericsson cybershot. Handphone aku yang rosak tu pun handphone ericsson sony cybershot model lama, dengan cybershot senang nak ambik gambar, gambar pun  cantik. Kamera DSLR lagilah gambar cantik tapi nak wat cam mana aku masih belum mampu memilikinya.


Aku nak taip pun dah tak de mood , ni semua gara-gara cite semalam, hati aku tiba-tiba je nak menjerit sepuas hati. Jangan  rasa boring ye ngan cite aku hari ni, aku memang tengah frust ni, aku tak suka orang nak tuduh aku membabi buta.arghhhh malas cite lagi lah wat menghabiskan beras je.Layan jelah gambar anak aku masa dorang datang opis hantarkan handphone baru , lepas tu kitaorang  gi makan-makan kat kawasan opis. Bolehkan aku tepek gambar  je, otak aku ni dah kosong  aku down gilaaaa



18 tahun dulu masa yuyi duk depan aku ni dia berumur 7 tahun, betapa masa cepat berlalu bila kita sentiasa rasa bahagia ngan apa yang kita lakukan dalam hidup kita.
kita jangan  sesekali rasa  menjaga dan membesarkan  anak -anak  tu satu beban, InsyaAllah cepatlah anak kita membesar bagai johan.

gula-gula hacks















Gula-gula hacks ngan pompuan nepal pun jalan : )

Gambar kali ni aku tepek banyak sikit sebab nak practise handphone  yang yuyi bagi tu.sorry ye.Lagi satu maafkan aku  sekiranya ayat aku tunggang langgang, biasalah cite orang tengah fikiran berkecamuk.




Sesiapa yang ada  baca cite aku semalam dan ada meninggalkan komen , aku minta maaf   cite tu terpaksa aku delete  atas sebab tertentu, pada aku cite tu tak de menyakitkan hati mana-mana pihak , kalau  tak suka ngan cite aku tu pun jangan sampai tuduh yang aku wat cite tu sebab nak naikkan rating  rate view blog aku : (


Okeylah aku nak gi tenangkan fikiran sebelum fikiran aku berkecamuk nanti entah apa plak yang berlaku.

Saturday, April 14, 2012

Teknik urutan yang betul dan terbaekkkk yang pasti bukan cakar harimau ye

Salam kengkawan..........

Sedihnya, hari ni aku kesepian, aku dan Firdaus ditinggalkan berdua, aku rasa kosong dan terasing, selalunya hujung minggu cam ni anak -anak aku balik. Semua orang dalam rumah ni hari   ada aktiviti sendiri, suami aku nak gi laut mancing malam nanti , yuyi ngan gula-gula hack plak kat  A Famosa Resort Melaka , dorang pegi  hari Jumaat balik  petang  minggu huk huk huk. Dorang ada ajak aku  pegi sekali, aku yang tak nak sebab Jumaat tu aku keja , redho jelah. Suami aku pun satu, kemain degil lagi cam aku nak babab je dia   , tengah tsunami cam ni nak gak pegi laut mancing . Bila aku larang , dia cakap nak mati kat  mana -mana pun boleh mati erghhh geramnya. Adatlah kan geram ngan suami ni , geram geram aku pun  setiap kali dia ke laut mancing, aku  selalu doakan dia selamat pegi dan balik : ) *bajet isteri mithali*

Bila tinggal berdua ngan firdaus ni , masing-masing buat aktiviti sendiri, Firdaus layan cd boboiboy terbaek dari ladang, aku plak layan blog , masa ni lah aku ambik kesempatan berblowalking. Rasa cam dah lama je aku tak berblogwalking jadi  segan  plak pada rakan blogger yang rajin singgah dan mengomen kat blog aku , terasa sangat semenjak Firdaus sekolah ni jadual harian aku padat ,bukanlah padat sampai tak de masa nak berkunjung ke blog kengkawan, ada masa aku berkunjung cuma kadang-kadang tu aku tak sempat nak tinggalkan komen je. . Maafkan aku ye kengkawan,aku menghargai setiap komen dan kunjungan kengkawan ke sini setiap masa. Janganlah hati kengkawan gundah gulana sekiranya aku tak tinggalkan komen, InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya yang termampu membalas setiap kunjungan kengkawan serta tinggalkan komen sekali . *bajet retis*

Apa yang ko bebelkan labu,biasalah aku ni bila dah start membebel susah nak stop, peringkat makcik- makcik lah katakan. Okey berbalik pada point asal aku , tadi aku nak cite pasal teknik urutan , ni teknik urutan badan ikan bukan manusia ye. biasalah aku ngan kontroversi memang tak dapat dipisahkan.kah kah kah . Teknik urutan ni tak de apa yang hebat ,  biasa-biasa je, mungkin banyak orang yang dah tahu, aku saje je nak wat gimik.Jangan marah.

Jom ikut aku masuk dapur belajar teknik mengurut ikan boleh gitu : )
Sediakan daun pisang ; daun pisang ni aku rembat dari  rumah jiran , sebelum rembat kena minta izin dulu ye.
Ikan cencaru anggaran sekilo, reganya RM7 sekilo, ni rega kat kawasan rumah aku, rega kat kawasan -kawasan lain aku kurang pasti plak, mungkin lebih kurang sama kot.
Bersehkan ikan cencaru, bahagian perut part paling penting kena dibersehkan seberseh mungkin dengan air mengalir, sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW .
Garam kunyitkan ikan cencaru sambil tu urut-urut manja badan ikan ,jangan ingat manusia je nak belaian manja , ikan pun nak gak : )
Lapik tray ngan aluminium foil nanti tak delah tray kita tercedera atau kotor banget *bajet malas nak menyental*
Balutkan ikan cencaru tadi ngan daun pisang, kemaskan hujung dan pangkal balutan daun pisang guna lidi penyemat .
Susun ikan cencaru yang dah dibalut tadi atas tray, renjiskan minyak sedikit mengunakan serai yang telah diketuk.·

Bakar dalam oven pada suhu 200 celcius selama 40 minit. *dasar pemalaskan bakar guna oben*


Jeng jeng jeng inilah ikan cencaru bakar , versi bakar dalam oben.


Aku tak buat pencicah air asam  suami ngan anak -anak tak suka , aku buat pencicah kicap cili .

Lauk sampingan aku masak sup suhun fucuk ngan kobis cina


Lauk sampingan yang lain, kari ayam beberapa hari yang lalu(tarikh sebenar aku kurang pasti) aku kasi perhangat, boleh ke gitu?



Okey sekianlah saje teknik urutan ikan buat kali ni, berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.








Kosmo 14 April 2012-Berteguh
Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina