Showing posts with label Nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label Nasi lemak. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Pagi sabtu aku ; bukan pengemar nasi lemak ; borak -borak nasi lemak bersama bukan pakar masak

Ya aku mengaku yang aku ni bukan pengemar nasi lemak. Bak kata orang tua-tua ada aku  makan kalau tak de aku diam je. Sesekali ada juge gila  meroyan pada nasi lemak aku sampai  masa tu mulalah aku  berkeinginan menjamah   nasi lemak hasil   air tangan sendiri. Keinginan tu makin meruap-ruap bila melihat semua bahan-bahan untuk membuat nasi lemak mencukupi so aku apalagi dengan pantasnya terus mencapai periuk untuk memasak nasi lemak.

Pagi ni dah sah sah aku gila meroyan pada nasi lemak : )

Aturan biasa memasak nasi  lemak :-

1)  beras  hendaklah  dikosek berseh dan buang airnya  .(Aku guna periuk nasi letrik)Tuang santan dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi tadi dan gaul rata .Lempar 1/2/ inci halia dan simpulan daun pandan.Masak nasi  hingga hampir kering dan bila button keep warm menyala masa tu barulah  kita serihkan nasi .*main lempar pasti sedap*

2) cara menyediakan sambal ikan bilis

Kalau suka kita boleh gorengkan dulu ikan bilis sebelum kita hendak membuat sambal ikan bilis. Paling penting nak mendapatkan sambal  nasi lemak yang sedap kita kena tumiskan cili  kering yang dikisar bersama bawang merah dan sedikit belacan (suku inci ) sampai pecah minyak dan naik bau.Lebih lama kita tumiskan cili kisar  nanti  lebih sedaplah sambal nasi lemak kita tu. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa . Tak kiralah apa jua pun bahan yang kita guna cuma   apa yang penting kita kena tahu  quantity cili kering , bawang merah dan belacan atau air asam jawa kena seimbang.

3)Rebus telur mengunakan api sederhana bagi mengelakkan rupa telur mengalami kejutan budaya.ha ha ha . Jangan lupa masukkan sedikit garam ketika merebus telur agar telur tadi senang dikupas dan rupa telur menjadi cantik molek

3) cara menyediakan hirisan timun  *bajet cam ramai yang tak tahu hiris timun glurpp*
Rendam timun dengan air garam sebelum dihiris supaya dapat mengekalkan  kesegaran dan kehijauan hirisan timun .that all.

4)kacang goreng *tunggu tahun depan kalau masa tu aku ada kerajinan*la la la

gambar di sebelah kiri ; Ikan bilis adalah salah satu bahan  asas untuk membuat sambal nasi lemak  manakala gambar di sebelah kanan ; timun  sebagai bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi lemak *hurmm aku dah macam cikgu SRT plak*
 Jangan lupa gunakan api sederhana semasa merebus telur
 Jangan lupa mengunakan minyak panas dan banyak semasa mengoreng ikan bilis 
 Ikan bilis yang ranggup sentiasa menjadi idaman hati 
 Beras bersama santan , garam secukupnya serta simpulan daun pandan dan 1/2 inci halia
 Nasi lemak air tangan sendiri-cubalah anda pasti berpuas hati :)
Simpan ikan bilis goreng dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ikan bilis lemau (masuk angin). Aku tak kupas semua telur supaya telur lebih tahan lama.Nanti masa nak makan  baru aku kupas .

Jemput makan : )


ko mampu tengok cite kartun sambil makan nasi lemak ngan minum sekotak  teh bunga : )



Okey ye jumpa lagi dilain waktu, makcik ada kerja yang semakin menimbun kat belakang sana , makcik pergi uruskan dulu ye....










Friday, June 15, 2012

Tidur sebantal mimpi lain -lain

Ada ke orang yang tidur sebantal dapat mimpi yang sama . Jangan buat aku gelik petang-petang hari ni boleh tak ? Aman dunia kalau tidur sebantal dapat mimpi yang sama.
Tengahari tadi kitaorang makan disini. gelandangan yang dah kembali kepangkal jalan.la la la. Masuk hari ni dah kali ketiga kitaorang makan kat sini. Hari pertama makan kat sini ada mat gian yang cuba -cuba nak test market. "hello mat gian pegi test market kat tempat lain boleh tak , aku ngan kengkawan aku ni dah penuh ilmu mat gian didada" Kalau dia nak makan nasi aku boleh boleh bagi tapi kalau nak duit paham-paham udah. Nasib baik dia paham isyarat mata dan tangan aku, kalau tidak mahu mangkuk sambal telur aku melayang 90 darjah celcius *matematik tak dapat kredit*
Nasi lemak yang aku cerita tu.Tak sia -sia tinggal bekas, nasib ko lah neelofa tak merasa nasi lemak aku.
Aku percaya satu hari nanti pasti ada putera raja dari morocco akan meminang kawan aku ni. cis nak morocco aje.Aku pasti satu hari nanti aku akan buang link  blog kak limah dari senarai blog list aku.


Jumpa lagi ...........................

Antara neelofa, Anzalna dan kak limah nasi lemak saper yang paling besar?????

Aku suka nasi lemak buatan sendiri.Apa kejadahnya aku nak makan nasi lemak neelofa , anzalna dan kak limah bila nasi lemak yang aku buat sendiri lagi sedap ye dak. cian neelofa dan anzalna tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Meh sini makan nasi lemak aku jangan gaduh-gaduh korang berdua bukan pandai pun berlakon  opsss. korang berdua bangku kan sibuk nak bergaduh korang dah pandai masak nasi lemak ke tak? Pegi mantapkan skil lakonan korang tu dulu dik oiii *matik sibuk hal orang*

Subuh tadi aku cam lipas kudung masak nasi lemak.

Kalau boleh belilah  ikan bilis yang terbaek dari ladang supaya bila digoreng dapat menghasilkan ikan bilis goreng yang ranggup , kurang masin dan sedap.
Nak resepi nasi lemak meh ambik kat sini.free je . Basuh beras seberseh-bersehnya untuk mengelakkan nasi lemak daripada cepat basi .
Kalau nak dapatkan nasi lemak yang seputih salju ; jangan masukkan semua santan kelapa yang last sekali mengandungi serdak -serdak kepala berwarna hitam.
Aku suka lah presentation of my nasi lemak *matik separuh omputih* kelakar aku boleh banggakan presentation caca marba cam bangkai  tu .la la la la




Okeylah cukup sampai disini je , aku nak pegi makan nasi lemak tapau dari rumah di bawah pokok bersama kawan opis. #tipsberjimatcermat

Saturday, October 15, 2011

Bukan Nasi Lemak 2.0 ; secara tak sengaja kita buat org menyampah kat kita

Salam hari sabtu.................

Selamat berhujung minggu bersama family tercinta , sapa yang keja cam HKL,nasiblah.kah kah kalau kak limah terbaca statement ni mesti dia mengilai sambil terbang atas pokok ara..he he he he .

Tak jadi plak mencucur pagi ni, akhirnya menasi lemak plak, senang boleh bawak sampai ke malam, sambal ikan bilis yang ada tu , boleh gak buat cicah lempeng, kalau terlebih rajin nak wat lempeng plak petang nanti, mana tahu.

OOOOO dah lama tak bebel kat sini kan, aku teringat nak tulis benda ni, sebab teringat ngan keluhan sorang budak blogger tu, tak naklah sebut nama dia. Dia pun bukannya apa, sekadar meringankan otaknya yang dah tak tertanggung setiap kali baca komen blogger tu. Mana tahu selepas dia lepas kan aku , kurang sikit beban dia . Aku boleh dengar dan bagi nasihat serba sedikit tapi kalau nak apikan suruh dia bermusuhan ngan orang tu, aku bukan orangnya. Pendapat yang aku bagi pada orang mengadu masalah pada aku kebanyakkannya pendapat positive, kurang sangatlah yang negative. Aku tak suka kalau kita sesama bangsa dan agama bermusuhan sebab perkara remeh temeh

Kita tahu sendirikan yang blog adalah seperti diary harian pada setiap blogger. Ada gak orang buat blog tuk luahkan pendapat, tak kiralah pasal apa pun. Ada gak blog yang suka tepek  apa yang dorang beli, cerita pasal family dorang termasuk anak-anak dan suami . Sukati doranglah , blog dorang, kalau rasa kita tak suka , cau jelah jauh- jauh. Kekadang tak suka, tapi kita nak gak mengomen, komen kita plak menyinggung perasaan orang tu. Apa yang  kita dapat?puas ke?

Aku plak suka cite pasal masak-masak, kekadang pasal family skit-skit.. Banyak gak resepi ikut selera tekak, aku tepek kat sini. Jadi kalau kita sebagai pembaca atau pengomen haraplah sekiranya menghormati pemilik blog tu. Kalau dah baca sekiranya nak mengomen tu, komenlah ngan penuh berhemah. Kita ni bukan nak suruh orang komen puji-puji, cukuplah sekadar komen tu tak menyinggung perasaan kita atau buat kita termuntah bila baca.Kalau cam aku ni tak pelah dah makan berpuluh kilo garam kalau cam budak blogger tu, cianlah dia tak pernah jumpa blogger cam tu.

Contohnya aku termuntah bila baca komen tu - aku keraplah tunjuk kat sini masakan tu, sebab family aku suka , dia pun kena paham ini blog aku sukatilah, aku rasa dah 4 kali aku baca komen dia tetap kata yang dia tak suka makan benda alah tu. Kenapalah bengap sangat, cukup cukuplah, komen sekali pun aku dah paham ko tak suka makanan tu, kenapalah setiap kali aku up masakan tu , dia komen yang sama. Kang aku kumpulkan komen dia buat satu cerita , baru padan ngan muka dia.Please ye , biarpun aku tak reply komen, tapi komen korang tu aku baca dan semat dalam kepala  hotak. Aku ni tak suka makan semut sebab tu ingatan aku kuat sikit.kah kah

Pada pandangan aku kalau dah tak tahu nak komen apa, lebih baik duk diam-diam kat blog sendiri. komen kelakar-kelakar pun aku tak meluat cam komen  gedek atau kak chik, boleh gak wat aku ketawa sorang-sorang bila baca. Kasihan budak yang yang meluahkan perasaan kat aku tu, memang aku dah baca komen siblogger yang perasan bagus tu, sah sah komen dia semua komen berunsurkan cemburu. Pelikkan dah cemburu maksudnya tak suka ngan blog tu, still nak menyemak, sedangkan dia blogger baru nak dibandingkan budak tu dah lama berblog .

komen-komen yang berunsur cemburu dari blogger baru tu kebelakangan ni menyemak kat  tempat aku ngan budak tu. Nak tumpang glamer biarlah bertempat. Bukan nak cakap aku femes, bolehlah nak di bangga ngan unik visitor aku yang beratus-ratus sehari ,  kalau pegi blog yang ala-ala tu de lah aku poyo berlagak, still bagi muka lagi. Aku puji  je, kalau aku rasa patut dipuji.Kenapalah dah besar tapi tak tahu cam mana cara nak bercakap atau mengomen kat tempat orang. Lepas up cerita atau mengomen, aku pastikan baca balik beberapa kali sebelum publish , aku takut sekiranya komen atau cerita aku tu menyinggung perasaan orang.

Tak pelah lepas ni budak tu dah tak kisah,sebab aku dah nasihatkan dia, buat je hiburan manusia cam tu. Anggaplah cam kita pegi zoo, tengok monyet tengah makan pisang sambil lompat-lompat, lepas tu kita plak sengeh-sengeh pandang monyet tu.

Jom menasi lemak pagi tadi...........................ayat jangan cuba tiru salah disisi undang- undang bahasa. kah kah kah

Kali ni aku bagi tips je , kalau nak bagi resepi pun tak berbaloi , semua orang dah pandai buat nasi lemakkan.


Masak nasi lemak semua orang pandai, tapi aku suka kalau dapat belajar buat nasi lemak ye.

Nasi lemak ada pantang, tak boleh kacau selagi dia belum kering-atau kalau guna rice cooker -keep warm, lepas keep warm baru boleh kacau kemudian biarkan dalam keadaan keep warm supaya dia masak sepenuhnya.Kat rumah ni kalau masak bubur atau nasi lemak aku guna beras wangi sebab sedap dan tak perlulah nak letak lebih santan.

Jangan lupa buh garam sebelum masak nasi tu. Buh daun pandan dan seinci halia tuk beri aroma pada nasi lemak tu . Bila nasi lemak dah masak, buangkan daun pandan tu bagi mengelakkan kaler hijau daun pandan turun ke nasi kalau dibiarkan terlalu lama kat dalam nasi tu.



Kalau guna beras wangi, cantiklah sikit nasi lemak tu.



Timun tu rendam ngan garam supaya sentiasa segar dan hijau hingga ke malam.


Dah rendam, basuh , kupas kulit, hiris sederhana nipis.


Telur direbus guna api sederhana.Buh garam sedikit dalam air, supaya senang dikupas nanti. Guna api sederhana bagi mengelakkan telur tu terkejut, tak delah hasil telur rebus jadi herot berot. Insyaallah.


Telur dibelah dua



Kat rumah aku ni kalau makan nasi lemak mesti ada ikan bilis goreng terutama Firdaus tak boleh tinggal ngan ikan bilis goreng. Abaikan tempe balance hari tu aku goreng sekali, sedap gak layan ngan nasi lemak.


Simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara, yang selebihnya nak buat sambal .


Bukannya tak boleh buat sambal guna belacan, tapi kalau boleh biar belacannya sikit je, supaya tak delah sambal kita lebih rasa belacan. Tak kira apa-apa pun biar quantitynya sederhana banyak , contohnya bawang, kang terlebih bawang jadi sambal bawang plak. Aku masih belajar dan tak jemu nak belajar.

Paling penting nak bagi sambal kita sedap, tumis cili kisar biar sampai naik bau dan pecah minyak .Lagi lama lagi sedap. Last sekali baru buh asam jawa, dah buh asam jawa biar lagi , hingga benar -benar hati korang puas. kah kah .Jangan lupa buh sedikit gula garam , perasa, supaya rasa sekata.


Sambal ikan bilisku


Tuk suami.


Biasalah budak yang suka makan nasi, tak kiralah , janji nasi.......



Fikir-fikir dan renungkanlah apa yang ingin aku cuba sampaikan , kita hanya hamba Allah SWT yang lemah, janganlah kita terlalu bongkak , tamak, sombong, kedekut ilmu, satu hari tempat kita semua , di tempat yang sama "dalam tanah , hanya dibaluti kain putih yang tak berjahit".

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina