Pagi ni dah sah sah aku gila meroyan pada nasi lemak : )
Aturan biasa memasak nasi lemak :-
1) beras hendaklah dikosek berseh dan buang airnya .(Aku guna periuk nasi letrik)Tuang santan dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi tadi dan gaul rata .Lempar 1/2/ inci halia dan simpulan daun pandan.Masak nasi hingga hampir kering dan bila button keep warm menyala masa tu barulah kita serihkan nasi .*main lempar pasti sedap*
2) cara menyediakan sambal ikan bilis
Kalau suka kita boleh gorengkan dulu ikan bilis sebelum kita hendak membuat sambal ikan bilis. Paling penting nak mendapatkan sambal nasi lemak yang sedap kita kena tumiskan cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan sedikit belacan (suku inci ) sampai pecah minyak dan naik bau.Lebih lama kita tumiskan cili kisar nanti lebih sedaplah sambal nasi lemak kita tu. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa . Tak kiralah apa jua pun bahan yang kita guna cuma apa yang penting kita kena tahu quantity cili kering , bawang merah dan belacan atau air asam jawa kena seimbang.
3)Rebus telur mengunakan api sederhana bagi mengelakkan rupa telur mengalami kejutan budaya.ha ha ha . Jangan lupa masukkan sedikit garam ketika merebus telur agar telur tadi senang dikupas dan rupa telur menjadi cantik molek
3) cara menyediakan hirisan timun *bajet cam ramai yang tak tahu hiris timun glurpp*
Rendam timun dengan air garam sebelum dihiris supaya dapat mengekalkan kesegaran dan kehijauan hirisan timun .that all.
4)kacang goreng *tunggu tahun depan kalau masa tu aku ada kerajinan*la la la
gambar di sebelah kiri ; Ikan bilis adalah salah satu bahan asas untuk membuat sambal nasi lemak manakala gambar di sebelah kanan ; timun sebagai bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi lemak *hurmm aku dah macam cikgu SRT plak*
Jangan lupa gunakan api sederhana semasa merebus telur
Jangan lupa mengunakan minyak panas dan banyak semasa mengoreng ikan bilis
Ikan bilis yang ranggup sentiasa menjadi idaman hati
Beras bersama santan , garam secukupnya serta simpulan daun pandan dan 1/2 inci halia
Nasi lemak air tangan sendiri-cubalah anda pasti berpuas hati :)
Simpan ikan bilis goreng dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ikan bilis lemau (masuk angin). Aku tak kupas semua telur supaya telur lebih tahan lama.Nanti masa nak makan baru aku kupas .
Jemput makan : )
ko mampu tengok cite kartun sambil makan nasi lemak ngan minum sekotak teh bunga : )
Okey ye jumpa lagi dilain waktu, makcik ada kerja yang semakin menimbun kat belakang sana , makcik pergi uruskan dulu ye....