Thursday, October 11, 2012

Malam sabtu aku ; sedap rupanya muffin pisang plus shredded cheedar cheese yek!!!


Dan finally malam sabtu hari tu impian aku nak membuat  muffin pisang bercheese  terlaksana selepas beberapa kali tertangguh. Bukannya  aku tak pernah membuat muffin pisang sebelum ni cuma ini lah baru pertama kali aku meletakkan  cheese ke dalam muffin pisang aku.Tak sangka pisang plus  cheese menjadi satu gabungan rasa yang cukup lemak berkrim disukai ramai  KITA MINUM DULU *marah! marah! tak kan* okey seriously muffin pisang campur shredded cheese  memang sedap, sekali makan memang susah nak stop nak lagi !nak lagi.! sambil tarik tarik baju atau kain batik mak.

Semakin banyak aku merapu semakin tulah perut aku lapar semakin tulah tekak aku teringat nasi ngan sambal sardin  doly parton , kenapa aku panggil  kak limah dorly parton? aset cup F ditambah keronsong satinnya yang ala ala  menonjolkan sesuatu boleh plak ditepek kerongsang  tu ditengah-tengah  tudung lagilah 2 kali ganda menyerlahkan lagi  aset Doly parton.


stop merapu, marilah kita melihat bahan-bahannya ~~dah macam kak nam kan~~

Bahan-bahan

1)1/2 cup butter aku guna butter anchor
2)1/2 cup castor sugar
3)1/2 cup brown sugar
4)3 biji telur
5)6 biji pisang emas sederhana besar dilenyek .
6)2 teaspoons essen vanila
7) 2 cup tepung serba guna atau  tepung gandum cap sauh
8)3 teaspoons baking powder-ayakkan bersama tepung serbuk guna.
9)1/2 cup shredded cheese
shredded cheedar cheese cam ni rupanya? sah sah masa baby tangan aku  tak pernah berbedung
6  biji pisang emas dibawa belayar  opss dilenyek

butter & brown sugar &  castor sugar
2 cup Tepung serbaguna + 3 teaspoon baking powder + 1/2 cup shredded  chedar cheese
3 biji telur
Sedia untuk discoop ke dalam acuan muffin~~acuan terpulang pada citarasa masing-macing~~
Cara-cara membuatnya 
Sediakan dua bowl
Bowl pertama
1) Putar butter ngan brown sugar + castor sugar sampai kembang
2)Masukkan telur satu persatu sambil memutar
3)masukkan pisang yang dah dilenyek  disertai ngan essen vanilla
Bowl kedua
1)campurkan tepung serbaguna ngan baking powder yang dah diayak tadi

Combinekan bowl kedua dengan  bowl pertama . Gaul sehingga sekadar  adunan bercampur .

Scoop sekerim adalah satu alat yang  membantu kita mendapatkan muffin yang sama besar .Tak caya udah
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 20 atau 25 minit
Muffin pisang bercheese aku dah bersiap sedia untuk  dimamam
Hati ni mana pernah puas kalau tak tepek lebih dari satu gambar muffin: )
Kan aku dah cakap tadi


Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye, mak nak gi makan sardin pedas kak limah .


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina