Maaflah ye memandangkan hari ini aku sedang menahan kesakitan yang luar biasa maka aku tak dapatlah hendak berlebih-lebihan bercerita mengenai mee jawa Suwarno.Kita terus kepada resepi mee jawa ye...........
A)10-15 tangkai cili kering digunting dan direndam dengan air panas-dikisar halus
B) puri keledek- isi keledek yang direbus dan dikisar atau lenyek(aku guna 3 biji keledek sederhana besar)
C)4 sudu besar rempah kari-bancuh dengan sedikit air
D)4 ulas bawang merah ,4 ulas bawang putih , sedikit jintan manis dan jintan putih dikisar kering kemudian kisar bersama 1 1/2 gengam udang kering yang dah dibasuh.
1 liter air rebusan daging atau udang.
Cara-cara membuatnya
1)tumis bahan kisar hingga naik bau dan layu serta pecah minyak-guna api sederhana
2)tumis cili kisar dan rempah hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)masukkan air rebusan daging atau udang-biar agak mendidih
4)masukkan puri keledek-kacau supaya puri keledek sebati dengan kuah tadi.Biar kuah agak mendidih dan pekat-guna api sederhana
5)Perasakan dengan gula, garam dan secubit serbuk perasa(Seimbangkan rasa manis dan masin, kuah mee jawa mesti ada rasa sedikit manis.
Kalau kurang kuah boleh tambah air, juka cair boleh pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
Kuah mee Jawa
Selepas kuah mee jawa siap bolehlah kita menyediakan aksesori untuk mee jawa plak
Telur rebus
Mee kuning yang telah dicelur dengan air panas
Tahu yang telah siap goreng
Telur yang telah siap dikupas kulit dan dibelah dua
Entah kenapa setiap kali nak menyusun aksesori untuk segala jenis mee aku mesti nak menyusun di dalam bekas biskut raya aku ~~dah habit kot~~1)cili besar yang telah dibuang biji dan dihiris halus
2)limau kasturi yang telah dibelah dua
3)segengam taugeh yang telah dicelur dangan air panas bersama sedikit garam
4)tahu goreng yang telah dihiris sederhana besar
5)bawang goreng
6)daun saderi yang telah dihiris halus
Susun atur mee dan bahan-bahan aksesori mengikut kreativiti masing-masing kalau kengkawan ikut kreativiti aku memanglah hampehhhh
Ini jelah kreativiti aku yang boleh aku banggakan.la la la
Budak yang tak berapa suka makan mee tapi pada hari tu dia redho: )
Aku tapaukan untuk anak lelaki aku gula -gula hacks~Aku tak pernah lupa lupa anak-anak yang tak berada di sisi aku ~~~
Sebungkus lagi untuk anak yang comel
Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye kengkawanku semua.