Tuesday, October 2, 2012

petang minggu aku ; melayan rima rashidi sambil makan benjo

Hari minggu hari tu aku bangun awal , tetiba je tekak teringin nak makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis ngan telur mata kerbau. Hambik ko seawal 5 pagi lagi aku dah kelengtung kelentang kat dapur masak sambal ikan bilis . Dasar orang malas  jangan harap aku nak masak untuk juadah makan tengahari ye  makan je apa yang ada.Aku paksa  suami aku ngan firdaus layan nasi ngan sambal ikan bilis sampai ke tengahari , petang sampai ke malam aku bagi dorang makan roti telur bercheese ngan roti telur ala-ala benjo. Nasib baik dorang terima aku seadanya .Resepi roti telur bercheese dan sambal ikan bilis nanti aku update ye. *bajet macam  korang hadap sangat ngan resepi aku*

Rasa cam dah lama je  aku  tak melayan  cerita melayu kat tv sesekali layan syok gak .Petang minggu tu entah mimpi apa  aku boleh  layan cerita melayu sekitar 80an-90an spesis aku memang suka melayan cerita lama nak dibanding ngan cerita -cerita zaman sekarang ni.Dalam cerita tu ada  rima rashidi, ziela jalil dan beberapa pelakon  lama  aku  syak  tu filem   80an-90an sila percaya sampai kepenghujung cerita aku tak dapat nak tangkap tajuk cerita tu .  Rima rashidi  punya pasal aku layan je sambil   mamam roti telur ala ala benjo bukan benjol ye. Wa memang minat gila ngan Rima rashidi wa suka  lagu dia  "kasih berbunga lalang" 


aku tunjuk roti telur ala benjo aku dulu ye ,  yang  lain-lain tu kemudian ye...............roti telur aku ni simple je

hirisan nipis timun ngan bawang besar
 sos cili dan mayonis
 kalau nak tedap roti tu kena dibakar dulu.aku bakar guna chefal
 sapu mayonis di kedua belah roti yang dah dibakar kemudian letakkan  hirisan timun ngan bawang besar
 Letakkan telur mata kerbau yang kuningnya separuh masak diatas roti tadi . Curahkan sedikit sos cili kat atas roti kemudian katupkan ngan sekeping roti bakar
Suami aku ngan firdaus ni ala -ala manja , nak mamam roti telur yang dibelah dua je.


Jumpa lagi , nanti aku update lagi ye bila aku free,Hari ni aku cam tak free ada banyak keja opis yang aku nak bereskan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina