Monday, October 29, 2012

Hari Khamis aku ; Salam Aidiladha 2013&Sambutan hari kanak-kanak 2013-Kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan

Belum terlewat lagi  rasanya  untuk aku mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidiladha  kepada semua pengunjung blog ni. Teima kasih kepada yang  sudi berkunjung ke blog yang dah 4 hari aku tinggalkan tanpa khabar berita ni .Bukannya aku sengaja hendak menyepikan diri cuma entah kenapa  dalam masa 4 hari ni  anggota badan aku lemah dan otak aku plak seolah -olah tak dapat berfungsi sepenuhnya . Aku pun tak tahu apa yang telah terjadi dengan diri aku sehingga aku jadi sebegini? nak upadate blog pun malas apatah lagi nak memasak lauk pauk untuk Hari Raya Aidiladha memang  tak delah nampaknya .

Siapalah aku  ini untuk memintal buih yang memutih ?haish macam ku kenal je lirik lagu  ni .Aku hanyalah manusia biasa  yang  hanya mampu merancang tetapi Allah SWT  yang menentukan .Hari khamis hari  tu aku terpaksa mengorbankan cuti aku yang tinggal dua hari semata-mata untuk  menemani  Firdaus yang tetiba je demam panas pada pagi khamis tu. Serioully aku tak sangka  dia boleh deman macam tu punya teruk, aku tengok masa dia balik sekolah pada petang rabu tu dia okey je

petang rabu ; Firdaus dengan bangganya menunjukkan kat aku  sehelai tuala dan dua bungkus biskut yang dia  dapat dari cikgu kelas sempena sambutan hari kanak-kanak.
pagi khamis ; Firdaus  dah tak bermaya badan dia semakin panas. Segala aktiviti  memasak aku tangguhkan buat sementara  waktu demi  untuk memberi  sepenuh perhatian kepada Firdaus .
Masa ni dah tak larat sangat
Biar betik laki aku ni dia boleh bagi Firdaus minum hundred plus dengan botol besau macam tu: )
Dalam pada demam tu sempat lagi nak berlegar-legar dalam kedai
 Firdaus ni kemain manja dengan akak dia
Antibiotik terbaek dulu kini dan selama-lamanya 


"mak saya tak nak  makan nasi goreng kat rumah saya nak makan kat restoran,"katanya Firdaus. Anak-anak aku ni nama je  demam tapi kalau pasal makan laju . Lepas balik  klinik  kitaorang bawak dia makan kat Fruity bakery.

Teh o limau ais forever
Fresh orange
 croisant tuna ni feveret firdaus
Manja ; aku kena potongkan untuk firdaus kepada beberapa bahagian
pening ; mee kari laksa 

yuyi punya ; thai laksa , hari tu aku tak order  apa-apa.


Jumpa lagi di lain waktu ye.





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina