Aktiviti subuh hari ni ; mengoreng mee dan menapau kari ayam balance lauk semalam untuk Firdaus ; dah lah aku terbangun pukul 5.30 pagi tapi mengenangkan makcik yang menjual nasi lemak kat depan rumah aku tu menutup kedai dalam dua hari ni jadi terpaksa aku meredhokan diri mengoreng mee dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan tanjat ngan mee goreng sekuali togak , seriously aku spesis yang tak berapa nak pandai masak sikit-sikit walaupun yang makan hanya suami aku dan Firdaus nanti selebihnya aku agihkan ke suatu destinasi rahsia.
Sila abaikan tajuk yang sedikit mengjengkelkan itu. Ya , aku sedang menanti sesuatu yang pasti Aku tetap menanti walau seribu tahun lagi tapi yang pasti bukan menanti insan yang bernama "LELAKI" aku sedang menanti email daripada anak aku yuyi.Nampak tak disitu aku punya pemalas hari tu kamera depan mata tak nak plak aku transfer gambar ke komputer.Bila yuyi dah bawak balik kamera ke rumah dia masa tu baru plak aku tergedek-gedek "anakanda, sila email gambar dengan kadar segera"
Minggu ni aku terpaksa mengabaikan blog kesayangkan aku ni demi anakanda tercinta busyuk masam yang sedang menghadapi perperiksan akhir tahun.InsyaAllah pada setiap malam dalam minggu ni aku akan meluangkan sedikit masa untuk menemani anakanda busyuk masam aku mengulang kaji pelajaran.*banyak kau punya busyuk masam* best gak sesekali melayan perkataan "anakanda".
Sekian sahaja buat masa ni. Terima kasih kepada pembaca setia blog aku yang sentiasa sudi berkunjung ke sini walaupun aku tak update dengan pesanan "Bersabar ,InsyaAllah ada masa terluang malam nanti aku update ye" .*bajet baguskan?*
Sedap gak melayan biskut marie cicah ngan teh o panas.