1) Aku tak suka window shopping
2) Aku tak suka tempat sesak-sesak
3)Aku tak sanggup nak beratur panjang atau bersesak-sesak hanya semata-mata nak membeli barang-barang yang tengah sale atau apa saje redeem point untuk kad pasaraya sebab tulah aku tak de kad redeem kot~~~letih mak~~~dik mak tak kaya mak beli barang dapur kat kedai cina ubat area rumah mak je.
Aku tak suka campur orang (katanya orang sekeliling) jadi dah tentu-tentu aku tak suka ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai ye dak. Tiba -tiba aku terdengar sayup -sayup suara "alah macamlah ko orang kaya tak suka tempat ramai orang? aku orang miskin aku pernah hidup susah melarat menderita semua tu aku sanggup tempuh tapi cuma akal dan fizikal aku tak dapat menerima di zaman yang serba canggih ni aku perlu bersusah payah hendak membeli sesuatu barang yang arghhhh bersepah -sepah je kalau aku hendak membelinya di tempat lain yang tak memerlukan aku nak melenguhkan lutut dan membasahkan ketiak aku~~~sila paham ye .
Aku perhatikan hampir 80 % perabot dan perkakas dapur di rumah yuyi dari Ikea dah tentulah Ikea tu tempat dia . Dia bolehlah "bos ikea kawanku" tak pun "bos coach kawanku main order je. opsss macam ku pernah dengar statement ni .
Berbalik cerita pasal Ikea ; Sejujurnya aku pun baru first time pergi Ikea hari sabtu tu, itu pun kerana menunaikan hasrat suami aku nak membelikan kerusi/meja belajar Firdaus . Ingat Ikea aku jadi trauma jap , mana tak trauma masa aku berlegar-legar dalam Ikea mencari kerusi meja Firdaus aku hampir terlanggar sorang budak pompuan yang tingginya separas lutut aku . Nasib baik aku sempat sambut budak tu sebelum dia jatuh tersemban ke lantai. Aku gosok-gosok kepala budak tu dan aku terus minta maaf ngan mak budak tu hurmmm nasib baik mak budak tu senyum je kalau dia sound aku tadi aku dah sediakan teks ucapan baik punya.
The moral of the story Masa anak -anak aku dalam lingkungan setahun hingga dua tahun aku masih letak anak -anak aku dalam stroller bila aku bawak dorang ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Terpulang pada individu itu sendiri kerana ia hak masing-masing tapi sebagai ibu bapa pandai-pandailah jaga anak tu. Jangan kita sibuk membelek -belek barang sampaikan entah ke mana anak-anak kita pergi pun kita tak tahu.
spesis yuyi ni suka memarking kereta di bangunan yang tak de kena mengena langsung dengan tempat yang dia nak pergi~~sila percaya~~~
Mak beli sofa ni, katanya Firdaus.okey nanti mak suruh dia hantar : (
"mak ! hari raya nanti kita beli langsir ni ye, katanya firdaus."hurmmm,"
Mak ! aku nak jadi bos, katanya yuyi.
"mak ! hari raya nanti kita beli langsir ni ye, katanya firdaus."hurmmm,"
Mak ! aku nak jadi bos, katanya yuyi.
Mak jangan lupa beli katil ni satu, katanya firdaus
yang ni pun
Firdaus nak yang ni juge."apa kau ingat mak kau ni cop duit ke,"aku kata dalam hati
yang ni pun
Firdaus nak yang ni juge."apa kau ingat mak kau ni cop duit ke,"aku kata dalam hati
"Akak meja ni sesuai untuk Firdaus belajar ." "ialah tu," aku kata dalam hati.
"mak saya cam budak sekolah," kata gula-gula hacks dalam hati
Gula-gula hack anak dato H sedang menunggu barang tempahan
"mak saya cam budak sekolah," kata gula-gula hacks dalam hati
Gula-gula hack anak dato H sedang menunggu barang tempahan
Okey cukup sampai di sini kemerapuan aku jumpa lagi di kemerapuan yang lain.