Kasihan Firdaus hampir seminggu aku tak gorengkan dia sayur.Anak bongsu bucuk manja aku sorang ni memang suka sangat makan sayur terutama kailan ngan choy tam goreng. Anak-anak aku semuanya suka makan sayur , dorang suka kalau aku goreng sayur cara simple je alah korang perasan kebanyakkan sayur goreng yang aku tepek kat blog aku ni kebanyakkannya berencahkan ikan bilis , bawang putih, sos tiram ada masa masa je aku buh ikan masin atau belacan itu pun atas permintaan suami.
Entahlah dari arwah mak aku hidup sampailah aku nak beranak pinak ni aku memang goreng sayur cara simple je kecuali sayur campur tapi masalahnya sekarang anak-anak kureng sikit ngan sayur campur tak kan ye aku nak goreng sayur campur.
Pagi ni aku bangun lambat sikit dalam pukul 5.30 pagi lambat kata kau, selalu tu aku bangun dalam pukul 4.30pagi jangan tanjat ye, mata aku ni kalau dah terjaga memang susah nak lelap balik.
Hari ni aku bekalkan suami roti massimo germa gandum ngan sapuan butter je, dah dia suka macam tu aku tak delah buh jem atau kaya bagai.selain dari aku bekalkan dia roti massimo aku juge ada bekalkan dia kasih sayang*mesti korang nak sepak aku kan*
Roti Massimo germa gandum
Anchor butter
roti sapuan butter
choy tam aku goreng ngan bawang putih hitam dan sos tiram
bawang putih hitam
kepak-kepakkan choy tam atau belah dua , cuci berseh dan tuskan.Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau dan layu kemudian masukkan choy tam kaup balik hingga choy tam menjadi agak lembut.Bila choy tam dah agak lembut masukkan sedikit sos tiram kaup balik,sebelum angkat jangan lupa masukkan sedikit air.
Bekal Firdaus untuk dibawak
ke rumah pengasuh ayam bob baki malam tadi, choy tam goreng ngan
sambal ikan bilis
choy tam goreng bersama bawang putih dan sos tiram.tedap : )
Okeylah cukup sampai disini saje , ada keja yang aku nak bereskan.
Sekadar luahan hati
Apasal lah kueh teow goreng yang aku teringinkan dari tengahari semalam tak menepati standard tapi ternyata penantian aku sia-sia.