Model iklan minyak Yu Yi cap limau, bersama ikan merah sebelum distim.
Firdaus bersama ikan merah sebelum disiang. Ikan Merah ni dipancing oleh simanja pada hari sabtu . Kalau nak melihat aksi bagaimana ikan tu ditangkap, sila layari www.ikanbesar.com, link kat sini sahaja. Jangan cuba nak search, memang sampai sebulan pun, korang tak akan jumpa website tu.kwang kwang
Cekci , kena cover,dosa tau. Chef ni paling terror stim ikan. Aku kurang mahir, jadi segalanya diserahkan di tangan dia.
Ikan merah, sebelum dimasukkan bahan yang lain. Kalau nak cuba , ambik resepi kat sini. Nanti dulu, ada perubahan sikit, kali ni, simanja goreng halia ngan bawang putih hiris sampai wangi, baru bubuh kat atas ikan sebelum distim.
Dah siap, tinggal nak dimasukkan kedalam pengukus.
Tutup ngan aluminium foil yang ditebuk satu lubang kecil(tak kisah mana-mana pun).
Jeng jeng dah siap, selepas distim selama 10 minit.
Makan besar ni diadakan, pada pukul 5.30 petang semalam. Maaf ye, muka chef yang keletihan dan sedikit gelap , sebab baru balik memancing malam Ahad.
Mana makcik ina minat do do cheng, apalah korang ni, mestilah aku tengah ambil gambar.kwang kwang.Lupa plak, lauk tambahan yang ada, sambal udang ngan nasi goreng cina.
Makan sambil berborak borak kisah semasa.
Firdaus memang suka sangat ngan ikan, kalau distim.
Senyum tapir : Sesekali, makan beramai-ramai satu family, best gak.