Gambar credit to google.com
Setelah bertungkus lumus aku buat entry pasal belon panas, tiba masanya aku cerita pasal Tora. Aku percaya setiap manusia, mesti benggang atau hangat hati, kalau ada anak, sedara , kawan-kawan, lakukan perbuatan yang tak berkenan kat hati korang. Tak terkecuali ngan aku gak. Nak cerita pasal tak berkenan ni, memang banyak kalau nak disenaraikan, buat masa ni, aku cerita yang paling penting dululah. Kisah tak berkenan , terhadap anak, kalau mereka lakukan.
Semenjak dari kecil, empat orang anak aku ni, tak dibenarkan makan jajan atau gula-gula. Aku tak tahu, mana datangnya perangai meroyan aku ni. Bila nampak kat tangan dorang ada benda-benda tu semua, outomatik penyakit tu sampai, apalagi, benda-benda tu semua kena masuk dalam tong sampah.
Anak aku semua, dah masak sangat, ngan perangai aku. Pernah satu hari, aku bukak beg sekolah anak perempuan sulung, terjumpalah satu paket gula-gula, aku tanya, "sapa bagi?" "cikgu kasi, ada kawan sambut birthday kat sekolah". Mulalah otak benggong aku sampai, terus je aku rampas gula -gula tu. Sambil pegang bahu dia, "ni racun, tak boleh makan tau,kalau makan gigi boleh tercabut, ibu buang ye", terus loyong dalam tong sampah. Bila aku ingat balik, damm perangai aku ni.
Masa dorang kecik, kalau ada sesiapa sedara bagi duit, kat dorang, sebelum dorang ke kedai, aku pesan awal-awal, beli roti je, benda lain jgn beli. Nasib baik kat kantin sekolah dorang masa tu, tak de jual makanan ringan. Best tu, dorang patuh cakap aku. Oleh kerana perangai buruk aku tu, satu hari kat dalam komuter, aku ngan Firdaus duduk berhadapan ngan seorang ibu ngan anak perempuan dia dalam lingkungan umur 5 tahun. Bila budak tu tersengeh, terserlahlah barisan gigi dia yang rongak tu. Firdaus terus tanya kat aku , "mak gigi dia rongak, sebab mak dia kasi makan gula-gula ke?" Apalagi, cubitan manja hinggap peha Firdaus, "hiss!!!!, tak baik cakap cam tuuu, tak delah, adik tu sakit gigi." sambil muka cuak pandang mak budak tu. kantoi jap.
Bila dorang, semua naik sekolah menengah, aktiviti meroyan aku stop. Bila semua dah besar-besar ni, dorang cerita sesama mereka, pasal tabiat meroyan aku tu, aku dengar , nak ketawa pun ada. Kalau pergi berjalan mana-mana , sampai stesyen minyak mesti dorang berhenti beli jajan atau gula-gula, masuk je dalam kereta, mulalah senyum sinis kat aku, sambil kunyah gula-gula getah. Sempat lagi sound "Firdaus, mak sekarang dah tak boleh marah kakak makan gula-gula lagi, sebab kakak dah besar, Firdaus, kalau nak makan gula-gula ni, tunggu besar ye. Apa nak buat, aku ketap bibir je.
Bukak cerita pasal ni, teringat pulak, tabiat buruk anak perempuan sulung masa umur 9 tahun. Dia ni, setiap kali, kalau makan apa-apa makanan yang ada bungkusan, dia suka cari no telefon pengusaha makanan tu. Selama ni, aku memang tak tahu, tabiat buruk dia tu , sehinggalah satu hari aku terdengar perbualan dia ngan seseorang. Cam ni perbualannya.
Anak perempuan : awak pengusaha makanan xxxx,?
Pengusaha makanan : ahhhh (imagine sendiri jawapan dia)
Anak perempuan : awak punya makanan tu banyak manis, nanti kasi kurang manis sikit.boleh?
Tak sempat dia nak teruskan perbualan ngan pengusaha makanan tu, aku sergah dari belakang, tercampak bungkusan makanan. Pucat lesi muka dia masa tu..
Berkat kesabaran tak makan gula-gula kot.
Senyum tapir : cerita cepat, nak tora tak?