Showing posts with label Tepung Blue Key. Show all posts
Showing posts with label Tepung Blue Key. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

barang-barang untuk Persediaan nak buat biskut raya -aku dapat percuma

Salam Ramadhan



Seperti tahun yang lepas-lepas Syarikat tempat aku bekerja ni akan mengagih-agihkan sumbangan sempena menyambut ketibaan Aidilfitri berupa wang saguhati opsss tak tak
minyak masak dan 3 kotak tepung kepada pekerjanya yang beragama Islam.ko mampu

Kepada para pekerja yang tak tau cam mana nak guna tepung tu sila bagi aku secara ikhlas ye sebelum tepung -tepung tu semua  tamat tempoh .la la la la harap maklum. Selepas dapat sumbangan ni hati aku semakin hari semakin  berkobar-kobar  nak buat biskut raya. Dalam otak aku ni dah berlegar -legar 4 jenis biskut

1)tentulah tart nenas sebab tart nenas feveret my laling
2) Chocolate chip sedap feveret anak-anak
3)samperit Dahlia feveret aku
4)biskut suji feveret aku dan my laling


Tahun ni aku tak jual biskut raya dari sebelum bulan puasa lagi suami pesan kat aku jangan berniaga biskut raya tahun ni dia suruh aku rehatkan badan sambil goyang kaki.


Aku ingatkan petang ni nak beli nasi tomato kat gerai pasar ramdhan kepunyaan monica lawensky, InsyaAllah kalau panjang umur.

Monday, February 20, 2012

Tepung gandum 1 Malaysia -dari sudut pandangan pakcik



Tengahari semalam aku ngan Firdaus pegi ke kedai runcit berdekatan rumah.Sampai kedai, aku bagi tau ngan pakcik kedai tu (lingkungan umur lebih kurang 50 an)

Aku : pakcik tepung gandum satu ye

pakcik kedai keluarkan tepung gandum 1 Malaysia

Aku : pakcik tepung gandum cap kkkkkkk ...(tak sempat nak habiskan ayat)

pakcik : sama je tepung ni ngan cap kunci (bercakap dengan muka bengis)

Aku : ( lidah kelu seribu bahasa) ............tak pelah pakcik , bagi lah keropok Super Ring tu 3 bungkus.....


Nikmatnya hidup dalam perjalanan balik makan keropok Super Ring yang lemak dan sedikit manis (cheese gitu) sambil jilat-jilat tangan yang kekuningan kesan pewarna.kah kah kah . Aku jahat nak pulun sorang, tergamak aku cakap ngan Firdaus yang keropok tu dia tak boleh makan banyak-banyak nanti batuk., aku hulur kat dia dua tiga ketui je. Firdaus bersyukur pada masa tu, dia fikir bukan senang mak dia nak bagi kebenaran makan keropok.kah kah kah



Percaya tak ?, ada masa dan ketikanya kita susah nak menegakkan kebenaran atau meluahkan pendapat, terutama bila berhadapan ngan situasi dan keadaan dibawah :


1)cuaca tengah panas terik
2)perut dah berkeroncang untuk ana
3)orang tua yang bermuka garang
4)orang yang selalu menganggap diri dia je betul dan dia je ada semua benda.



Marilah sama-sama kita berfikir sapakah pakcik itu sebenarnya? kalau dah dapat jawapan , simpan dalam hati je, tak pun tulis kat komen. kui kui kui

Sunday, February 19, 2012

Beto khusairy sama terbaek dengan cucur ikan aku : )

Salam kengkawan, apa khabar? sejukkan kat luar sana, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun pokok mangga kat luar tu melambai -lambai ditiup angin (ini realiti ye) kah kah kah.kalau dah sejuk, mata pun cam melambai-lambai nak tidur .


Malam tadi aku dapat melayan cerekerama jujur aku dayus kat TV3 tanpa gangguan sebab suami (sipemegang remote control) pegi ke laut. Mulanya Firdaus merengek -rengek nak tengok filem omputih lawan-lawan kat TV2, aku saja buat muka garang,pok pek pok pek , dia takut terus diam. Saja dia nak dengki ngan aku, bukannya selalu pun aku tengok TV. Kalau tak kerana Beto Khusairy tak delah aku teruja sangat nak tengok cerita tu, tapi semenjak melihatnya  dalam "runtuhnya sebuah dosa" mula aku teruja ngan lakonan dia. Aku ingatkan dia pelakon baru, tak pernah  tengok dia berlakon sebelum ni, selepas menjelajah dia punya facebook, baru aku tahu dia  dah banyak  berlakon dalam filem , drama dan telemovie sebelum ni.

Pada awalnya tengok Jujur aku dayus terasa boring , nasib baiklah Beto Khusairy ada, dia yang banyak menyelamatkan aku dari terus boring. Entah tak tahu mana silapnya cite tu, jalan cite dah ada , barisan pelakon-pelakonnya hebat-hebat belaka(syyy tolak nora danish , cis lembik aku tak minat), kemungkinan  skrip lemah, permulaan cite agak meleret , lepas tu terselit plak  babak babak yang tak berapa nak penting. Ceh mesti korang bengangkan , kritik macamlah aku pandai buat drama. gua punya blog mah gua punya sukalah.

Pukul 10 tadi aku layan TV2 panggung ahad , hadiah cepu emas, aku teruja nak layan sebab yang berlakon joey watie elite ngan Zulkifli Azari (ijoy) anak Maria Arshad, pada aku lakonan dorang terbaek. Cite tu okeylah, cuma yang tak realnya bila Jasmin hamid masih memakai bulu mata palsu bertingkat ngan bercelak tebal semasa menghadiri perkebumian mak ijoy, pakai tu tak salah tapi biarlah bertempat.

Apa-apa pun beto khusairy, joey , ijoy terbaek macam cucur ikan aku : )




Baham-bahannya

1)Tepung gandum
2)bawang holland
3)garam/baking powder/perasa
4)air suam
5)telur sebiji
6)isi ikan jenahak

Cara membuatnya

1/2 kilo tepung digaul 1 tsp garam ngan 1 tsp baking powder ngan sikit serbuk perasa. Potong nipis bawang besar kuning 2 biji. jangan lupa sebiji telur. Guna bawang kuning(bombay) cucur akan berbau wangi dan sedap forever, akhir sekali masukkan isi ikan. Kalau boleh bancuh adunan mengunakan air suam, supaya cucur nanti lembut sepanjang hari . Ramas bancuhan guna tangan supaya rasa bawang besar berbau wangi dan rasa sedap. Bila kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & adunan tepung gandum lebih kurang 30 minit , supaya glutennya dapat serasi bersama serta bergaul mesra , selepas tu barulah dapat hasil yang cantik, cam pasangan suami isteri gak, sebelum kahwin bercinta/bertunang nak cari keserasian bersama. Bila dah serasi barulah digoreng dalam minyak panas, goreng biar sedikit kegaringan, bila garing bawang yang ada kat dalam tepung nampak cam keropok. .ranggup


Cucur bawang + ikan makan ngan sos cili buatan sendiri sedap. Kalau suka boleh tambah sayur dalam adunan cucur, macam kobis, taugeh , kucai dan macam -macam jenis sayur yang masuk akal dan fikirkan logik : ) keh keh keh





Jumpa lagi dilain hari dan waktu, lepas ni mak nak masak, cuci kain ngan kemas rumah , mak takutlah, mak kalau dah depan komputer melekat.kah kah kah



Sunday, February 12, 2012

aktiviti riadah mak budak di hujung minggu

Salam kengkawan

Tengah buat apa tu? Aku tengah melepakkan diri, masak pun idak lagi. Masih dalam mood terkejut, mana taknya suami aku baru je cite pasal whitney houstan ditanya oprah winfrey mengenai penglibatan dia ngan kokain dan marijuana, tengahari tadi dengar plak berita kematian dia kat TV 1.Takziah diucapkan kepada keluarga whitney houstan atas pemergian ni. Apa pun orang nak cakap pasal dia , aku aku tetap minat filem body guard ngan lagu "the greatest love of all"

Hari ni suami aku mancing, yuyi ngan gula-gula hacks(anak lelaki no 3) baru je balik. Aku nak cepat -cepat upadate , lepas ni nak gerak masak dan kemas rumah. Tak senonohkan, suami dekat nak balik barulah terhegeh-hegeh nak masak dan berkemas, sila pukul diri sendiri : )

Jom melayan kerajinan aku mambaking chocolate chips cookies- ada unsur membangga diri disitu, tak baikkan : (



Tepung halus lagi putih ini adalah tepung blue key keluaran FFM Berhad-dapat free



Resepi ini dicopy paste secara terang -terangan dari blog ratu siput.kah kah kah

CHOCOLATE CHIP COOKIES
by Rima

200gm marjerin
50gm butter (aku guna 250gm buttercup)
70gm gula kastor
90gm gula perang
3 biji kuning telur (aku guna gred B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coffee oil (aku guna coffee emulco)
120gm coklat cip
100gm hazelnut/gajus/walnut - dipanggang dahulu (aku guna gajus dengan walnut)
*350gm tepung gandum
*15gm serbuk koko (aku guna 20gm serbuk koko van houten)
*1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
(bahan * diayak bersama)


CARA-CARA :

1. panaskan oven 160 darjah celcius
2. griskan loyang pembakar guna butter/marjerin (tak buat pun...ehehe)
3. pukul butter + gula kastor + gula perang sehingga sebati
4. masukkan kuning telur satu persatu.pukul lagi sehingga sebati
5. masukkan esen vanilla, coffee emulco dan garam.pukul lagi.kemudian masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.gaul dengan hujung jari hingga menjadi doh
6. masukkan coklat cip dan kacang-kacang tadi yang telah dibakar terlebih dahulu.gaul sebati
7. sudukan sedikit adunan ke atas loyang pembakar.tekan sikit dengan garfu.(adunan bila dibakar tidak akan mengembang.sebab tu kena leperkan skit guna garfu)
8. bakar dalam oven 15-20 minit
9. tunggu sejuk sebelum masuk ke dalam bekas (satu adunan menghasilkan 100+ biji biskut)



Jeng jeng, ni lah dia chocolate chip cookies versi kedekut chocolate chip. Mak time hujung bulan memang kedekut. Nampak gambar tu , macam bagak je cookies mak, dah sama size badan mak je. syyy jangan cakap kuat-kuat.

Dah petang petang cam ni, bercinta plak nak masak. Tulah padan dengan muka sendiri, dari pagi bawak ke tengahari melepak je. So, sampai sini je lah ye cite hari ni, mak cau dulu, ada keja rumah yang perlu dibereskan : )

Sunday, December 4, 2011

Blueberry cream cheese tart , berbagai-bagai karenah disebaliknya


Salam hari minggu.......................


Apa khabar korang semua? semoga berbahagia hendaknya, dikelilingi orang tersayang. Semalam dengan hari ini aku sunyi sikit sebab tinggal dengan Firdaus je, malam tadi suami aku ke laut, anak anak yang besar tak balik , dorang ada hal luar kawasan. Tak kisahlah sekali -sekala- sunyi,  apa ada hal, banyak benda boleh dibuat untuk mengisi kesunyian tu, misalnya dengan buat cheese tart pengasuh Firdaus.

Sebenarnya aku dah lama stop berniaga cheese tart, sebab dek kasihan dengan rayuan pengasuh Firdaus , aku gagahi jugak diri membuatnya. Kalau diikutkan hati, aku sudah menyampah nak layan lakonan dan karenah pengasuh Firdaus tu, mahu je saat-saat akhir aku batalkan niat buat cheese tart tu. Serius, semakin lama dia jaga Firdaus, sikit-sikit  aku mulai  nampak  lakonan dia yang suka sangat jadi orang susah tu.

Masa mula mengatur janji tempah cheese tart je tu dia dah berlakon, hinggakan aku ingat sampai sekarang dialog lakonan dia tu ;_

Pengasuh Firdaus : akak boleh buatkan cheese tart untuk majlis bertunang adik saya tak hujung minggu ni?

Aku : Ko nak berapa banyak? kecik ke besar?

Pengasuh Firdaus : Saya nak yang besar, 60 biji. Berapa sebiji akak jual ye?

Aku : Tak pelah, sebab adik ko tunang , akak kira RM1.30 sebiji-akak ingat cam sedekah je.

Pengasuh Firdaus : alah kak janganlah cam tu, tak rugi ke akak? biasakan akak jual RM1.50.
(baca dalam nada perempuan gedik) Pada mulanya tak tahu rega tetiba gedik tahu plak rega.


Terperangkap dengan lakonan sendiri, dah tahu rupanya harga cheese tart tu , tapi masih nak buat-buat tanya . Kalau nak minta harga dikurangkan cakap je lah, janganlah nak berlakon macam tak tahu harga cheese tart tu. Serius, kalau jenis orang yang suka berpura-pura macam ni, kalau realitinya dia memang susah, aku jadi tak de hati nak tolong. Aku kategorikan orang macam ni, bodoh sombong, sudahlah susah tapi masih nak berlagak mampu.Memang ye pun,dia ni jenis biar papa asal bergaya, korang pernah dengar tak perumpamaan tu?

Entahlah aku ni tak pandai sangat biar papa asal bergaya ni.,  aku  suka pakai baju ukur badan sendiri. Jenis putau alam aku tak boleh nak masuk . Aku bagi contoh, misalnya aku terdesaklah nak perlukan duit, duit pulak tak de , niat nak pinjam dengan kawan, aku terang terang je bagi tau kawan, yang aku memang tak de duit,  tak payalah nak putau alam, cakap pusing sana pusing sini, tapi tujuan hanya satu nak pinjam duit .

Berbalik pada cerita pengasuh Firdaus tadi, bila cheese tart dia siap, aku call dia , tanya bila dia nak ambik cheese tart tu, dia kata tunggu dulu , kat depan rumah jiran sebelah dia masih ramai orang. Pelik pulak, apa kena mengenalah ambik cheese tart dengan kat depan rumah jiran sebelah dia ramai orang . Masa aku call dia tu dah pukul 6 petang. Rumah aku dengan rumah dia tak jauh, berhadapan je, cuma kedudukan rumah dia kat hujung. Bukannya aku tak offer nak hantar ke rumah dia, dia yang tak bagi, katanya nak suruh anak dia, SiAlong tu ambik.

Menunggu dia ambik chese tart  santak ke malam, aku dah tak tahan, terus call  tanya soalan yang sama. Dia jawab yang sama, kat depan rumah jiran sebelah masih ramai orang lagi. Apa hantu yang dah menyampuk aku, aku terus sound dia "ko kenapa nak takut dengan orang sebelah tu, ko tak jemput dia ke adik ko bertunang?, terlepas jugak soalan yang dah lama aku pendam ni. "jemput , tapi esok,malas nak banyak cite, saya ambik 9.30 ye kak? Aku tak tahu nak jawab apa, dengan orang yang tak faham bahasa orang tengah marah ni.

Itulah, aku selalu pesan dengan dia, jangan terlalu banyak tanya hal orang , sebab tu orang berani nak tanya hal kita. Tengok tu sampai nak ambik cheese tart, duit sendiri yang beli , takut jiran sebelah tanya, macam cheese tart tu curi. Hampir 6 tahun pengasuh tu jaga Firdaus , dalam jangka masa 6 tahun tu aku tak pernah lagi tanya hal hal peribadi dia , dia pun tak berani nak tanya hal peribadi aku, masuk ke dalam rumah dia pun , selagi dia tak ajak , aku tak masuk.

Arwah mak dah memang ajar aku dari kecik , jangan masuk rumah orang selagi orang tak jemput, selagi orang tak jemput duduk, jangan duduk, jangan sekali sekali masuk bilik orang. Banyak lagi pantang larang arwah mak kalau aku nak huraikan satu persatu , sampai esok pun tak habis.kah kah kah . Macam tu jugak lah aku praktik kat anak -anak aku sekarang. Aku ni menjaga sikit bab menjaga tata terbit kat rumah orang ni, memanglah nampak remeh, pada aku penting.

Masa anak aku kecik -kecik, sebelum pegi rumah orang, awal-awal lagi , aku dah pesan, jangan sentuh dan main barang orang, duduk diam-diam kat rumah orang, aku bukannya apa, aku nak elak rungutan orang terhadap anak aku kat belakang nanti. Pernahlah satu ketika dulu, aku terdengar rungutan kawan seopis yang hangin dengan anak kawan sendiri yang datang ke rumah. Anak kawan sendiri tu tak boleh duk diam melenjan kerusi, punggah perhiasan dia, apa yang buat dia geram , kawan sendiri tu tak tegur pun anak dia buat macam tu.

Aku ni kalau dah mula membebel tak boleh nak stop, jom lah cerita tentang cheese tart aku semalam. selesai je buat cheese tart, aku terus ngap, cam tak pernah makan cheese tart :)

Best jugak ye, sambil buat keja tonton filem, tak terasa letih, tahu -tahu je siap cheese tart aku.


Semalam Firdaus jadi peneman setia.

Jangan lupa guna tepung gandum blue key ; motip nak bonus lebih : )





Adunan doh untuk buat shell

1)Tepung gandum 300 grams
2)250 majerin/butter
3)2 biji telur- sebijik telur tu aku hanya ambik kuning je.
4)icing sugar 100 grams
5)1/2 tsp garam
6))beberapa titik essen vanilla
7))sedikit pewarna kuning telur-kalau tak de pun tak pe


Campurkan butter, icing sugar , telur , pewarna kuning ngan essen vanilla kacau guna handwhisk hingga semuanya bergaul.. Akhir sekali bubuh tepung gandum yang sudah dicampur ngan 1/2 tsp garam. Uli doh , rehatan sebentar. Ambik sedikit doh , tekan ke dalam acuan guna tangan. Cucuk sedikit shell tadi perlahan mengunakan garfu.
Bakar dalam oven pada suhu 180 celcius selama 25 minit.


Adunan cheese

1)Cream cheese 250 grams
2)icing sugar 50 grams
3)telur sebiji
4)beberapa titik essen vanilla
5)tepung jagung 1 tsp


Putar cream cheese ngan icing sugar sampai kembang.Bubuh telur sambil memutar.Jangan lupa bubuh sedikit essen vanilla.Last sekali bubuh tepung jagung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil memutar pada tahap 1 .

Paipkan cheese tadi dalam shell yang dah di bubuh sedikit bluberry jem. Celorengkan sedikit atas permukaan cheese tadi dengan sedikit adunan cream cheese campur pewarna purple.

Bakar pada suhu 100 celcius (api bawah) selama 15 minit.

Pesanan penting : Berat tepung bergantung pada cara induvidu masing-masing membancuh bahan-bahan tadi. Berat bahan lain tak de masalah kalau nak tiru bulat-bulat.


Cheese tart pengambilannya ditarik tali kan.Politik lebih.



Kalau melodi kata "kurangkan kontroversi , tingkatkan produktiviti" , aku pulak "kurangkan lakonan dalam hidup, takut lama-lama orang meluat"

Wednesday, November 30, 2011

Lagenda budak tak makan saman dengan makanan pedas pedas pedas

Salam hari rabu......................


Dua hari lepas, sampai la ni, aku berapa larat nak masak, tak boleh berdiri lama kepala pening semacam,kebetulan yuyi pun tak sihat, aku cadang beli lauk kat luar je. Yuyi dalam batuk ngan demam masih nak makan makanan pedas. Kat rumah ni kalau buat makanan manis yang layan suami ngan Firdaus je, kalau yuyi memang tak layan, habis muffin ngan kek yang aku buat pun ,kalau boleh bubuh cili Yuyi suruh aku bubuh.Pelik trifle milo ais dia layan plak, ni yang jeles ni : )

Lauk beli kat luar ni yuyi yang pilih , semua pedas, kecuali kari ikan .

Lepas beli lauk yuyi gatal offer Firdaus ayam KFC, Firdaus ni kalau ayam KFC memang tak tolak.


Ayam KFC buat dia senyum sampai ke telinga : )


Nampak tak budak tak makan saman di sana.


Nampak tak budak tak makan saman di depan budak baju pink, jangan salahkan aku, dia yang merelakan vontot dia masuk ke dalam hp kameraku : )


Pandang yuyi ngan Firdaus je, kalau pandang lain dosa:( baju pink ke purple tu .kah kah kah


Budak tak makan saman betul.


Dah dapat ayam KFC , muka masam plak.


Time yuyi ada , brekpes mesti berunsurkan pedas.



Cucur bertambah sedap dengan tepung blue key -motip nak bonus lebih :)

Buh lebih kurang sekati tepung gandum ke dalam bowl besar. Bubuh garam, sedikit perasa, serbuk kunyit ngan baking powder gaul supaya semua bercampur kemudian masukkan hirisan kucai ngan bawang besar diikuti taugeh ngan segengam ikan bilis yang sudah dibasuh dan dikisar kering. Bancuh adunan yang dah bergaul tadi dengan air suam . Rehatkan adunan selama 15 minit, kemudian goreng dalam minyak panas.




resepi sos cili

Masukkan 15 tangkai cili kering yang dikisar dengan 4 ulas bawang putih kedalam periuk kemudian bubuh 1/2 liter air perahan asam jawa. Guna api sederhana semasa mendidihkan sos cili , biar agak mendidih ye. Bila sos cili dah agak mendidih masukkan sedikit perasa ,garam diikuti dengan gula melaka atau gula merah. .Rasa manis sos cili terpulang pada citarasa masing-masing. Akhir sekali sebelum sos cili diangkat, bubuh air bancuhan 1/2 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos cili .





Jeng jeng jeng dah siap sedia dihidang ketika panas.


Jemput makan kawan-kawan.





Cukup sampai disini je, aku nak pegi merehatkan mata dan minda , jumpa lagi dilain hari dan waktu : )

Thursday, November 10, 2011

Apple crumble pie-sabau je lahhhhhhhhh

Salam hari khamis...............


Hari ni aku kena banyak bersabau, letak tangan kat dada sambil memperbanyakkan istighfar . Kalau nak diikut dari pagi, aku dah terbako, tapi aku sabau je, maki dalam hati, sampai kat opis sabau lagi . Dalam hidup ni kalau tak banyak bersabau, hancur jadinya.

Kekadang aku pelik ngan manusia yang dah buat salah & silap cam makan kuaci ni. Kalau dah wat silap sekali, orang tegur, kita kenalah perbaiki kesilapan tu, InsyaAllah tak akan mengulangi kesilapan yang sama. Dalam menjalani kehidupan ni, biarlah ada sistem, contohnya time makan kita makan, time keja kita keja, time sembang kita sembang semua tu kena buat ngan sepenuh jiwa dan raga. Kalau dah campur adukkan semua benda, dalam satu, itu yang nampak kureng sana sini .

Contoh terdekat lagi , jalanraya kat westport ni , sana sini ada lubang sebesar kawah gunung berapi,(gunung berapi ada kawah ke?kui kui kui) silap -silap kalau tak perasan , mahu terpelanting penunggang motosikal. Kenapa ye dorang suka ulang kesilapan yang sama ? dorang tak nak kaji, cari alternatif yang terbaek bagi jalanraya tu kekal elok, seingat aku repair jalan dah berpuluh kali, tak sampai berapa bulan , berlubang lagi. Duk ulang keja yang sama je, cam manalah nak ada perubahan.Kalau difikirkan balik mahu je aku gelek dorang ngan perata tar .

Aku tahu bila dorang akan bertindak ikut arahan, bukan akal fikiran ? time ada yang mati tergolek dek sebab terlanggar lubang tu, masa tu barulah dorang kepochi. Masa tu semua yang besar -besar tu yang sebelum ni senyap, mulalah berbunyi. Malaslah nak cakap pasal dorang ni , sampai esok pun tak habis. Cakap tak serupa bikin.

Amaran ini khas aku tujukan pada sorang pengomen ;

Harap maklum saya tak menyokong pihak kerajaan mahu pun pembangkang, cara awak mengomen seolah-olah saya ni mewakili salah satu parti kat negara ni. Cerita-cerita saya ni mewakili diri saya. Jangan cuba nak memutar belitkan cerita, silap-silap awak kena belit ngan lidah sendiri. go to hellll.kui kui kui


Dah dah go to hell ngan pengomen tu, malam tadikan aku wat apple crumble pie, tedap sangat aku ambik resepi dari blog rima. Kalau ada yang nak tiru cara dia silakan , aku adjust sikit resepi dia , ikut kesesuaian diri dan kawasan rumah.boleh gitu .

Ada 3 peringkat yanga kena lakukan sebelum jumpa harta karun, kah kah apa kejadahnya harta karun , apple crumble pie.

Untuk Crust

1)200 grams tepung gandum
2)40g gula castor
2)120 gram salted butter
3)1 biji kuning telur.

Aku tak buh garam sebab guna salted butter.




Untuk crust ngan crumble potong butter bentuk kiub ye.




Campurkan tepung gandum ngan gula castor kemudian gaul ngan butter(aku guna butter sejuk)kalau butter sejuk senang nak gaul. Bila tepung ngan butter dah bercampur, masukkan sebiji kuning telur, uli hingga jadi doh.




Simpan doh dalam peti ais.

Untuk filling



1)4 biji epal merah(rima guna epal hijau)
2)40 grams kismis
3)2 tbsp salted butter
4) 50 gram sugar
5)1/2 tsp cinnamon powder
6)2 tbsp tepung gandum

Cairkan butter , masukkan gula, , masukkan apple yang dah dipotong slice ngan kismis. Masak hingga epal lembut,sebelum angkat masukkan cinnamon powder ngan 2 tbsp tepung gandum, kacau sekata, angkat dan biarkan sejuk.




Aku tekan doh dalam acuan cheese tart lepas tu cucukkan sedikit ngan garfu., kui kui sesuka hati je kan letak dalam acuan tart, comei sikit,.sudukan filling tadi kedalam pie .


Crumble -tuk tabur atas apple pie

1)150 grams tepung gandum
2)40 grams sugar
3)80 gram salted butter

Aku tak buh garam sebab guna salted butter.

Part ni kena gunakan teknik cam aku buat scone hari tu, tepung tak boleh diuli.




Taburkan crumble tadi atas apple pie.



Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 180 darjah celcius.



Itun tangan caya ye.kui kui.sedap tau apple crumble pie. Setuju ngan kata -kata rima "it wasnt a "challengging" recipe but it sure satisfied my cravings ...yumms ! bake it and u will know the diffrence" thanks rima.




Model sensasi dan terkini , tak caya udah-Hantu kak limah.





Susah sangatlah aku nak terima orang yang hanya bertindak mengikut arahan, bukan bertindak guna akal fikiran. kui kui kui

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina