Wednesday, November 2, 2011

Jom Cameron Highland, Alangkah indahnya makan scone sambil menghirup tea di T-cafe Cameron Highland

Salam hari rabu....................



Jumpa lagi selepas mengenyangkan perut ngan sambal sardin kak limah, oi kak limah, nak tercir tercir pedassssssssss oiii..tapi nak cekik gak. his his his Jom gi Cameron Highland makan scone sambil menghirup tea dilereng bukit, sila bayangkan .. Model scone terkini kim kardision. Setinggi-tinggi penghargaan pada model scone kita, akan datang boleh sain kontrak ye.

Menangi percutian 7 hari tujuh malam ke Cameron Highland, jika anda menjawab ngan tepat..hadiahnya tiket percuma ke Cameron Highland menaiki bas tak de air cond.Tempat penginapan, motel je.Siapakah nama model yang sebenar?kui kui kui

Model sedang menikmati scone bersama jem strawberry.



Scone buat malam tadi, sebab ada kawan yg bebesar hati bagi butter. Biasalah aku kan tak boleh duk diam walau seminit , kecuali sakit. Scone ni aku campur oat, nak habiskan stock oat yg berlambak kat umah . Kalau korang nak campur ngan kismis boleh gak.


Scones

1)Tepung gandum -400 grams
2)3 teaspoon -baking powder
3)1/2 teaspoon soda bicarbonate
4)100 grams -butter
5)40grams-castor sugar
6)1/4- garam
7)250ml -whipping cream Atau sour cream
8)sedikit kulit lemon disagat
9)1/4 oats

kalau nak cuba buat sikit dulu, kurangkanlah quantity semua bahan kepada 1/2 bahagian.




step pertama

1)masukkan dalam bowl tepung gandum, garam, gula, baking powder dan soda gaul sebati.

step kedua

1) potong butter bentuk dadu.
2) masukkan kedalam tepung tadi



Gentel perlahan-lahan sehingga jadi serbuk roti(bread crumbs) . Amaran Adunan tak boleh diuli sebab selepas dibakar kita nak kan tekstur dalam scones seperti gambar dibawah.





Sedikit kulit lemon disagat.



1/4 oat biasa.kalau tak de pun tak pe, wat plain scone sje.



Selepas adunan dah jadi serbuk roti, masukkan oat ngan whipping cream sambil mengkaup balik adunan.



kaup balik guna sudip, jangan diuli adunan tu.Terpulang nak buat bentuk apa pun, Selalunya aku wat cam ni, semalam buat bentuk biasa je.



Alo alo busyuk masam sorang ni.Sapukan kuning telur atas scone sebelum dibakar.

Petua nak elakkan bau hanyir telur, buh sedikit essen vanilla ke dalam bancuhan telur sebelum disapu atas permukaan biskut atau apa je masakan yang memerlukan permukaannya disapu telur.



Ni senyum terpaksa ke apa ni?motip senyum?



Bakar pada suhu 200 celcius selama 40 minit



Jeng jeng oat scone dah siap.............



Makan bersama jem straw berry ngan whipping cream(kalau suka).

Maaflah umah aku tak de simpan tea, minum nescafe boleh ye?silakan.....




Jom gi Cameron Highland, motip cemburu ngan adik kita yg baru balik dari Cameron.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina