Showing posts with label cucur bawang. Show all posts
Showing posts with label cucur bawang. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Lagenda budak tak makan saman dengan makanan pedas pedas pedas

Salam hari rabu......................


Dua hari lepas, sampai la ni, aku berapa larat nak masak, tak boleh berdiri lama kepala pening semacam,kebetulan yuyi pun tak sihat, aku cadang beli lauk kat luar je. Yuyi dalam batuk ngan demam masih nak makan makanan pedas. Kat rumah ni kalau buat makanan manis yang layan suami ngan Firdaus je, kalau yuyi memang tak layan, habis muffin ngan kek yang aku buat pun ,kalau boleh bubuh cili Yuyi suruh aku bubuh.Pelik trifle milo ais dia layan plak, ni yang jeles ni : )

Lauk beli kat luar ni yuyi yang pilih , semua pedas, kecuali kari ikan .

Lepas beli lauk yuyi gatal offer Firdaus ayam KFC, Firdaus ni kalau ayam KFC memang tak tolak.


Ayam KFC buat dia senyum sampai ke telinga : )


Nampak tak budak tak makan saman di sana.


Nampak tak budak tak makan saman di depan budak baju pink, jangan salahkan aku, dia yang merelakan vontot dia masuk ke dalam hp kameraku : )


Pandang yuyi ngan Firdaus je, kalau pandang lain dosa:( baju pink ke purple tu .kah kah kah


Budak tak makan saman betul.


Dah dapat ayam KFC , muka masam plak.


Time yuyi ada , brekpes mesti berunsurkan pedas.



Cucur bertambah sedap dengan tepung blue key -motip nak bonus lebih :)

Buh lebih kurang sekati tepung gandum ke dalam bowl besar. Bubuh garam, sedikit perasa, serbuk kunyit ngan baking powder gaul supaya semua bercampur kemudian masukkan hirisan kucai ngan bawang besar diikuti taugeh ngan segengam ikan bilis yang sudah dibasuh dan dikisar kering. Bancuh adunan yang dah bergaul tadi dengan air suam . Rehatkan adunan selama 15 minit, kemudian goreng dalam minyak panas.




resepi sos cili

Masukkan 15 tangkai cili kering yang dikisar dengan 4 ulas bawang putih kedalam periuk kemudian bubuh 1/2 liter air perahan asam jawa. Guna api sederhana semasa mendidihkan sos cili , biar agak mendidih ye. Bila sos cili dah agak mendidih masukkan sedikit perasa ,garam diikuti dengan gula melaka atau gula merah. .Rasa manis sos cili terpulang pada citarasa masing-masing. Akhir sekali sebelum sos cili diangkat, bubuh air bancuhan 1/2 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos cili .





Jeng jeng jeng dah siap sedia dihidang ketika panas.


Jemput makan kawan-kawan.





Cukup sampai disini je, aku nak pegi merehatkan mata dan minda , jumpa lagi dilain hari dan waktu : )

Sunday, October 16, 2011

Alkisah hari sabtu, makan, berimiginasi, bermain, belajar, petua

Salam hari minggu......................

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang...............Hari ni masak apa? Aku baru bercadang nak masak asam tumis ikan hasil pancingan suami. Pukul 5.30 pagi mata dah tak boleh membuta.Itu yang gigih mengupdate cite semalam.Banyakkan tajuk tu, cam mana , puas hati. kah kah kah

Alkisahnya pagi semalam , cadangnya brekpes nak wat cucur bawang, cukup time fikiran berubah wat nasi lemak plak. Biasalah kita mampu merancang, yang menentukan Allah SWT. Serius ni.Cucur bawang bertukar jadual , minum petang plak cicah ngan sambal nasi lemak. Suami aku plak dicampurnya sambal ngan cili sos, not bad gak rasanya bila dicampur. Suami aku perli aku ke apa?, aku tahulah selalunya kalau wat cucur bawang tu aku wat sos buatan Malaysia sekali .kah kah kah


Jom melayan alkisahnya hari sabtu selain wat keja resmi bertwitter. kwang kwang kwang


Ni satu lagi petua memang aku simpan dalam peti resia-kah kah , kalau guna bawang besau tuk disebarang majlis masak-masak gitu, buang atau kerobekkan vontotnya yang keras, bagi mengelakkan masakan kita rasa kepahitan. Cer cuba cer cuba try test contohnya kalau korang masak sambal, buh bawang besau banyak tak buang benda putat tu, sambal korang garenti 70% rasa cam pahit maung sikit. (jgn tiru bahasa ni, salah disisi undang-undang bahasa) Tak caya udah.


Bawang besau yang dah kena kerobek vontotnya.


vontotnya. Perasan tak kat bawang ada benda alah ni?


Resepi cucur bawang kat sini , dah ambik resepi sila buat.kah kah kah


Jangan lupa cucur bawang goreng dalam minyak yang banyak dan panas, dipertengahan sederhanakan panas. boleh gitu?


Nyum nyum sedap dimakan ketika hujan dan panas. Tunggu punya tunggu , hujan pun tak turun. Tengok cara angin bertiup cam nak hujan.


Cicah plak ngan sambal ikan bilis.


Budak yang kelaparan di petang hari.



Lepas makan , main polis-polis, katanya yang duduk tu polis tengah bekerja.Abaikan rumah yang berkepau lampau , sapa sudi kemas, sila sms 432015.


Nampak tak polis bersama Ipad-sila cemburu-hua hua hua,Ipad ni besau skit, untuk keselamatan penguna, boleh empuk kepala orang , mana tahu ada yang teringin nak curi ipad tu. keong keong keong.


Segmen ni tuk Izan agar dia makin membara nak dapatkan sebuah tuk pasha sandha dan arissa lohan .kah kah sila percaya senang dorang berdikari belajar sendiri, kita plak boleh goyang kaki , berblog dan bertwitter.hua hua hua.

Alkisah malam tadi pukul 1 pagi-jangan terkejut boboy Firdaus memang cam kelawar berjaga malam-kalau salah fakta pasal kelawar sila maafkan caya.


Okey, dia akan berhentikan kat tempat yang dia rasa nak tulis.contohnya Ayam. Abaikan tangan gebus yang menyerupai tangan Firdaus tu. Sebijon plak, itu gambar dalam cd upin ipin tu.



Nampak tak berdikarikan, dia ikut satu persatu apa yan cd tu tunjuk , sambil tu dia sebut perkataan ayam banyak kali. ayam , jus, ayam, jus, ayam sampai tidurku terbantut. kah kah kah


Lepas tulis , suruh AKU plak belajar. Ayo ayo ma kadewale, dah dekat nak 2 pagi tu.



Tulis lagi.........






Nampak tak mata Firdaus hampir nak terlelap, tapi masih gigih nak menulis.






Abaikan majalah Rasa tu, baca sambil melayan Firdaus. Dia ni senang je kalau nak bagi dia rajin membaca ngan menulis sila tepek, bintang banyak-banyak kat apa yang dia dah tulis. Semangat bintang terserlah amat.

Paling aku nak gelak pecah perut, dia boleh plak suruh aku bukak tingkap, semata-mata nak suruh bintang kat langit tu turun kat buku dia. Bintang tu lagi best katanya . Last-last aku tertidur, sedar sedar kul 5.30, Firdaus tertidur kat ruang tamu ngan ayah dia. Buku yang dia tulis tu berselerakan sana sini cam bintang berselerakan kat langit. Seronokkan jadi budak-budak, sentiasa happy ngan imiginasi sendiri.


Okeylah sampai di sini je, berjumpa dilain hari dan waktu.Insyallah kalau dipanjangkan umur.Kitakan hanya mampu merancang yang menentukan Allah SWT.





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina