Monday, September 6, 2010

Biskut peberet

Biskut Arab ni memang selalu aku buat setiap tahun, sebab dia memang biskut peberet dari dulu.Mungkin sebab buatnya terlalu senang.Modal pun tak banyak.Yang penting cepat dan mudah.





Biskut yang aku dah siap bakar.Gedabakkan , senang makan sebiji je.





salah satu bahannya minyak sapi.aku guna tin besar cam ni.Kalau biskut ni resepinya aku boh je.Blend minyak sapi ngan gula ising atau castor .Lepas tu campur ngan tepung gandum.Uli sampai sebati.Bentukkan bulat , lepas tu bakar dalam oven.Ada orang letak kacang badam hancur dalam tu.Tapi aku tak letak apa-apa.






susu tepung untuk dilumur selepas dibakar.




Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit






Banyak ni je dapat.Bolehlah aku makan sorang-sorang, sebab banyak yang tak minat biskut ni.kha kha.ketawa puas hati. Aku tak banyak buat biskut sempena hari raya ni.Orang yang datang suka makan kerepek-kerepek.Jadi aku beli kerepek banyak sikit.Sambung esok ye, ada banyak kerja yang nak dibuat selepas ni.Aku cuti start hari khamis.Isnin datang kerja semula.Bukan hendak keman-mana pun pada Hari raya ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina