Kerepek bawang
Cukup kalau aku katakan, yang aku betul-betul kecewa ngan cara orang zaman sekarang berniaga. kerepek ni yang aku beli kat kawasan kampung.Yang rata-ratanya penduduknya melayu. Dah pasti kerepek ni dibuat oleh makcik melayu yang duduk kat situ.
Aku akui, sekarang ni aku memang malas nak buat sendiri kerepek bawang ngan kuih gunting ni. Masa arwah mak aku ada, aku buat sendiri. Masa aku buat kerepek ni dulu , seingat aku,adunannya dibahagi kepada 2 bahagian. Adunan pertama tepung, air garam ngan majerin, lagi satu adunan pulak bawang besar dimesin , diperah dan diambil airnya.Kerepek yang aku makan ni harap nampak berbelang-belang , tapi rasa tak de apa-apa.Sukar nak aku terjemahkan rasa kerepek tu. rasa bawang takde, cuma yang ada rasa ajinomoto je. Aku rasa dia letak perwarna merah kot atau coklat, bagi nampak berbelang.
Kuih gunting tu pun sama, hanya rasa tepung ngan perasa je.tak de rasa udang kering, daun kari mahupun rempah kari.Tapi harga kedua-dua kerepek RM14 sekilo, ataupun 1/2 kilo.aku lupa, sebab anak aku yang beli.Duhai perniaga , jangankan kerana mengaut keuntungan sehingga lari dari landasan sebenar..
Pesanan : Harap ucu taubat dari perbuatan yang sentiasa talam dua muka.Aku benci orang talam 2 muka ni , Tapi suka makan kuih talam....khe khe