Monday, January 25, 2010

Nak kaya cepat



projek hari minggu, nak siapkan untuk orang kahwin. apalagi sipengacau tetap ada.




dia tolong susun mangkok. Firdaus kata anak murid susun mangkok. dia jadik cikgu, dia kata dia makan dulu. aku tengah khusyuk buat menerap biskut. dalam diam-diam dia dah makan biskut tart nenas aku sampai 6 biji. apalagi aku menjerit cam gorilla.dia larikkk.berlakon jadik cikgu konon, cikgu makan dulu, aku punya biskut dia hentam.




dia duduk depan loyang ni je.pantang biskut sejuk, dia ngappp.




aku bulatkan inti dulu, lepas tu baru buat.







masuk dalam bekas ni. label terima kasih belum tampal lagi. dorang ni sekarang kahwin mewah-mewah. siap dapat beg lagi.tapi korang jangan marah, aku dah cakap ngan anak aku , kalau dia kahwin aku suggest:

1) aku bagi buahan je. aku letak satu meja besar. korang ambiklah ada buah mangga, pisang , durian, manggis, macam-macam buah-buahan tempatan. tapi ikut bajet, sapa bagi RM10 dapat pisang je, kalau RM50, aku bagi durian sebijik. terpulang pada koranglah nak makan situ ke nak bawak balik.

2) sayur-sayur ulam. korang pilihlah nak ulam apa. sapa bagi lebih aku bagi ulam petai ke jering. atau pun lebih friendly lagi ceh ceh , bagi bawang, sardin ke?cam mana korang suka tak?

3) untuk budak-budak aku letak tikam, mcm kedai runcit.

korang rasa idea aku boleh pakai ke tak? aku nak jimat beg , takdelah membazir
sangat.kha kha kha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina