Saper pandai masak kicap angkat tangan? wow!!! ramainya yang angkat tangan. ini menunjukkan ramai yang suka masak kicap. Kalau ramai yang pandai masak kicap masih adakah yang sudi mengambil pen dan kertas untuk menyalin resepi ikan kembung masak kicap aku ni ye. Perlukah aku kisah semua tu? tidak perlu sebenarnya. Untuk pengetahuan kengkawan dalam kita berblog adalah menjadi satu kesilapan besar bila kita cuba memikirkan soal remeh temeh , berbanding soal besar terutama soal masa depan anak-anak kita . *undilah saya pada pilihanraya akan datang*
marilah mari kita masak kicap
Bahan-bahan
1)sebiji bawang besar-dihiris nipis
2)4 ulas bawang putih -dihiris nipis
3)1 cm halia -dihiris
4)2 batang kayu manis & dua kuntum bunga lawang
5)1 sudu kecil serbuk lada hitam-kalau boleh lada hitam tu kisarlah sendiri
6)5 biji cili api & 2 biji cili besar merah -dibelah dua
Sedikit sos cili + kicap kipas udang lemak manis- ikut citarasa masing-masing
ikan kembung goreng tunggang terbalik
Ada sedikit sopak disitu saper nak taja kuali angkat tangan
cara-cara membuatnya
Tumis bahan hirisan , kayu manis dan bunga lawang sampai layu & naik bau. Bila semua bahan tumisan dah naik bau masukkan sos cili, kacau sekejap kemudian masukkan kicap kipas udang lemak manis , masukkan sedikit air biar kuah kicap agak mendidih . tutup api bolehlah tuangkan kuah kicap diatas ikan kembung goreng tadi
ikan kembung goreng masak kicap
lauk sampingan kobis goreng
Jangan boring ye ngan lakonan stereotype ni
Sekadar luahan hati
kenapalah mood lipat baju tak kunjung tiba: (