Kepada sesiapa yang ada baca cite aku hari minggu tu mesti tahu apa yang aku maksudkan ngan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kenapalah ada orang yang masih tak paham ngan maksud aku yang sebenar, aku terkilan sangat bila pakcik "budak" yang aku tak sebut cara jelas tu tak puas hati ngan cite aku semalam , dia meninggalkan komen yang tak berapa sedap aku nak siarkan. Pakcik oh pakcik dahlah pakcik tak berterima kasih orang doakan yang terbaek untuk keluarga pakcik, boleh plak pakcik bagi saya amaran suruh padam cite saya tu, kemudian pakcik tuduh saya wat cite tu semata-mata nak naikkan rating rate view blog saya . Pakcik saya tak de masa nak buat cite yang nak menaikkan rating rate view blog saya, kalau saya nak buat pun banyak lagi cite yang lebih gempak dari cite pasal keluarga pakcik. Dahlah pakcik bagi saya amaran boleh plak pakcik bagi no hp pakcik ngan alamat sekali suruh saya datang ke rumah pakcik untuk melihat keadaan sebenar dalam rumah pakcik sekarang ni. Pakcik lenkali bacalah cite saya sampai habis dulu , kemudian baru buat kesimpulan.fedup ngan mentaliti orang kita dah lumrah dunia barangkali orang yang suka berterus terang dan lantang menyuarakan pendapat sering disalah anggap oleh orang sekeliling.Tinggalkanlah pakcik tu dengan dunia dia sendiri
Berbalik pada cite sebenar , hari tu aku ngan Firdaus rancang pegi beli makanan kat pasar malam, sampai pasar malam boleh plak kitaorang berdua melencong ke kedai makan berhampiran , kemudian terus makan kat situ sekali.Masa tu suami tak ikut sama, dia ada keja lain.Kadang-kadang berdua lebih baik : )
Firdaus ngan ice blended vanilla.
okeylah kengkawan biarlah aku pujuk hati aku sendiri, malas nak cite banyak, diam tu lebih baikkan?.Semoga Allah SWT panjangkan umur pakcik dan keluarga pakcik. Satu je saya nak bagitau pakcik, saya salute ngan pakcik masih ada masa lagi baca blog saya sedangkan pada masa yang sama keluarga pakcik ditimpa masalah : )