Salam hari Minggu. Cerah cuaca kat luar sana jemur kain banyak pun sodap ni. Esok Firdaus periksa pertengahan tahun , cam mana ngan kengkawan yang kat luar sana yang ada anak bersekolah rendah periksa juge ke esok? Semoga Firdaus dan anak kengkawan kat luar sana dapat menjawab soalan peperiksaan ngan mudah hendaknya.
Bersambung lagi minggu ikan dari part 1 ke part 2 sampailah ke part 3 plak . Resepi ikan goreng halia ngan bendi salah satu masakan peberet suami ngan Firdaus. Sekiranya kengkawan kat luar sana nak mencuba resepi ikan goreng halia ngan bendi ni tapi tak berapa gemar ngan ikan kengkawan boleh gantikan ngan sotong, udang atau ayam ye. Family aku ni tak payahlah kengkawan nak heran sangat memang kalau dengan ikan berhantu.

Mula -mula sekali asingkan isi ikan ngan tulang , potong isi ikan sederhana kecik(sekurang- kurangnya 2cm).
Abaikan botol -botol yang agak buruk tu.hua hua. Untuk membuat sos ikan goreng bendi ngan halia aku gabungkan 3 jenis sos ; sos tiram , kicap pekat ngan sos cili.Untuk pengetahuan kengkawan kicap pekat sedikit pahit jadi janganlah buh banyak sangat, selalunya kicap pekat digunakan untuk menukar warna dan memberi sedikit rasa pada masakan .
Lebih kurang 10 batang bendi muda dibersehkan
2 cm halia tua dihiris bulat-bulat, sebiji bawang besar holland dihiris dan 5 tangkai cili kering dipotong 1/2 cm.
Part paling penting, tumis bahan hirisan hingga naik bau dan layu, bila semuanya dah layu masukkan bendi yang dipotong panjang 2 cm secara menyerong, kacau seketika hingga bendi empuk.Bila bendi dah sedikit empuk masukkan isi ikan bersama dengan ketiga-tiga sos ; sos cili, kicap pekat ngan sos tiram, gaul supaya isi ikan bergaul ngan ketiga-tiga sos tadi, sebelum angkat masukkan lebih kurang 200ml air, kaup balik sekejak kemudian bolehlah diangkat.
Jeng jeng jeng ikan goreng ngan halia dan bendi
kengkawan bagilah petua rajin lipat kain baju : (