Friday, March 16, 2012

bintang bintang bintang , terukir dibintang-yuna

.....bersambung dari cerita di sini, lepas menonton seeFood , kami sekeluarga ke Port Village Pelabuhan utara untuk makan-makan yang tak berapa besar. Tukang order selalunya suami aku, dia terror bab bab order makanan kat restoran seafood ni. Kalau ikut selera aku dah tentu order ikan je, yuyi cam biasalah tak boleh tinggal ketam ngan lala dia tu, tapi cian malam tu semua habis, hanya lala ngan sotong je ada. Fikir punya pikir last sekali suami aku order nasi goreng cina , mee hailam, sotong sambal, lala masak cili kering(feveret yuyi),kailan goreng bawang putih, tomyam tuk aku yang kurang sihat, tak jadi order ikan sebab takut dapat ikan yang tak fresh..

Port Village, Bagan Hailam, Pelabuhan Utara...


Masa tu air laut tinggi..............

Semua minum chinese tea, hanya Firdaus ngan yuyi je minum fresh orange.

yuyi ngan gula-gula hacks ni asyik berkepit je.Gula-gula hack ni umur dah masuk 20an perangai masih ada sifat kebudak-budakan lagi.

Bila yuyi ngan gula-gula hacks berkepit, cam ni lah rupa Firdaus, merajuk konon.

Tomyam yang tersangatlah masam.

Juadah malam tu, simple tapi sedap.Aku je tak berapa nak selesa, tekak tak berasa sebab selsema.

Gula-gula hack mengada-ngada nak yuyi suapkan.

Bila gula-gula hack yuyi suapkan, mulalah sorang lagi tak puas hati, nak jugak bersuap.

Hambikk ko suap dua mulut sekali, baru aci.

Akhir sekali sebelum menutup entri ni , aku nak  dedikasikan lagu terukir dibintang nyanyian Yuna khas untuk suami ngan anak-anak aku.

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Jumpa lagi........InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina