Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri 2012. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri 2012. Show all posts

Monday, September 10, 2012

hari sabtu aku ; menu open house ; nasi hujan panas

Open house? Aku jarang sangat  penuhi jemputan  open house atau mengimarahkan majlis ni . Kadang-kadang aku rasa aku ni complicated untuk difahami orang sedangkan aku pun tak faham diri aku sendiri.  Aku  sebenarnya tak suka orang chop aku sombong. Hakikatnya aku memang seorang manusia biasa yang tak  pernah lari dari sifat pemalu sehingga segelintir orang merasakan yang aku ni seorang yang sombong. Dahlah sombong, muka buruk, bergaji rendah plak tu. Sejujurnya aku tak kisah pun kalau ada yang cakap aku sombong mulut orang bukannya kita boleh tutup lainlah kalau mulut  botol, tempayan atau benda-benda yang boleh ditutup *jangan ikut perumpamaan aku* Biarlah orang menilai mengikut rasa hati masing-masing .Aku selesa menjadi diri aku sendiri.Aku dilahirkan bukan untuk memuaskan hati semua orang cukuplah sekadar aku yang memahami diriku   InsyaAllah aku cuba mengelakkan  dari menyakiti hati orang lain.

Bercakap pasal open house hari sabtu hari tu aku penuhi jemputan open house kawan ofis.
First time aku makan nasi hujan panas. Sebelum ni aku pun tahu cam mana rupanya nasi hujan panas.
Ahli rombongan cik kiah sedang menikmati juadah open house



Tuan rumah yang berbaju hitam polka dot sedang menghulur angpau kepada adik kawan aku
Anak aku yuyi-macam korang tak kenal ye dak?
Ahli rombongan cik kiah ngan tuan rumah
Juadah open house-maaflah  mak segan nak  ambik gambar juadah, malulah ramai orang lagipun bukan rumah mak so mak kena lah behave dan  jaga atitude.
Suasana open house
Yuyi lagi hey!!!!  ko berapa kali nak interframe?
la lagi kali ni ngan Firdaus plak
Adik bongsu  pumpkin kawan ofis aku 
Pumpkin  ngan anak bongsu tuan rumah
Ahli rombongan cik kiah- 4 dara pingitan dan sorang mak dara(tuan rumah)
Ratu shanghai bersama Puteri kesayangan dan Badang suami kesayangan 
Puteri kesayangan ratu shanghai bersanggul tinggi
Situasi ini amatlah mengjenkelkan bila ratu shanghai berkasut tumit tinggi kaler biru
Entah kenapa bila aku jumpa ngan Badang suami ratu shanghai aku terbayang pokok rambutan , tali dan kerengga.ha ha ha
Putera daniel anak ratu shanghai bersama puteri octavia. mereka sedang berdating.
4 dara pinggitan, pilihlah yang mana satu idaman kalbu . Setiap orang punya citarasa sendiri dalam memilih pasangan tapi setahu aku  yuyi berkenan ngan  lelaki yang  memiliki badan agak berisi.
Suami tuan rumah bersama anak sulungnya
Tuan rumah bersama anak bongsunya 

Gula-gula hacks Putera ku yang handsome bersama adik  pumpkin. Setahu aku  gula-gula hacks suka perempuan yang memiliki badan yang agak gempal

Sekianlah saje liputan dari aku .Terima kasih kepada tuan tumah kerana sudi menjemput aku  datang ke open housenya.Semua makanan sedap-sedap belaka terutama roti jala ngan serawa durian. Aku tertarik ngan persekitaran  kawasan rumah ni, hijau  sejuk je mata memandang.

Wednesday, September 5, 2012

Restoran seafood milik aku sendiri?Berangan itu percuma tak dikenakan bayaran pun

 Salam Aidilfitri ...............


Masih lagi dalam mood raya ; selepas check out dari Swiss Garden Kuantan pada  hari rabu 22/8/2012, (wa berfikir cara ibu profesional itu sebab wa tulis tarikh) suami  wa diam dan terus memandu kereta tanpa henti ngan cara ganster selama 2 1/2 jam, maka wa dan anak-anak wa semua terpaksa menahan dari  membuang air kecil mahupun air besar di mana -mana toilet awam di sepanjang  highway dan tidak dapat mengisi perut  yang  kelaparan dimana -mana R&R sepanjang  highway  atau membeli cempedak goreng atau jambu cicah asam boi dimana-mana gerai makcik dan pakcik yang tersesat disepanjang highway. Perangai suami wa yang suka memandu cara ganster  memang wa masak sangat hingga menjadi  ranum kalau dicicah kicap cili tambah gula memang sedap..

Sebaik saje kereta yang suami wa pandu memasuki Highway Shapadu wa terus petik yang wa ngan anak-anak nak makan  kat restoran seafood. Memandangkan  highway ni  dah dekat sangat  ngan rumah wa maka wa kena cakap cepat yang wa nak makan kat situ sebelum suami wa  memecut ngan lebih  ganster  ke jalan menuju rumah wa . Beruntunglah wa punya badan hari tu semua  perbelanjaan makan dan minum di restoran ditanggung oleh suami  wa .
Anak wa yuyi 24/7 pakai baju ni , spesis pakai  sampai lunyai  mana -mana baju yang dia berkenan.
muka spesis apa ni?
wajib suami oder baby kailan yang tak serupa baby goreng ikan masin
sotong goreng tepung cicah sos
 order  baby lala tapi yang dapat lala yang sedikit berumur , tak pe janji sedap
 
Gambar cilok entry lama ,tak pelah sebab ikannya lebih kurang sama kira halal lah.
ketam  goreng ngan  telur masin wa lupa nak ambik gambar yang dapat wa ambik gambar tukul besi wat pecah ketam, kira okeylah kan. Masa tengah makan wa baru  perasan yang suami wa booking semua meja di  restoran ni semata -mata sayangkan wa sepenuh jiwa dan raga.Kalau wa berfikir cara isteri -isteri romantis jam tu gak wa peluk cium  suami wa ketat-ketat  tapi nasib baiklah wa berfikir cara isteri-isteri ganster. kalau lu semua mau makan direstoran seperti suami lu manyak sayang dan  booking ni restoran untuk lu seorang  sila datang makan diwaktu restoran ini berehat dalam pukul  2.30 petang hingga 3.30 petang .la la la la


Dah lah tak de apa lagi yang wa nak blog kan, sekejap lagi wa nak pegi klinik wa risaulah sekarang ni hampir setiap malam wa demam wa takutlah wa punya kawan muka buruk gaji rendah tu pernah cakap ngan  wa yang dia takut wa mati terkangkang dalam toilet .choiii.

Sunday, September 2, 2012

Naluri seorang ibu

Setiap kali yuyi belum  pulang dari tempat keja  setiap kali tulah aku tak boleh melelapkan mata, lagilah bila dia call bagitau aku yang ayah kepada kawan yang paling rapat ngan dia tu dah meninggal dunia malam tadi.Aku pun turut rasa sedih di atas permergian ayah kawan dia tu sebab  kawan dia tu dah jadi macam sebahagian dari keluarga aku .

Kebetulan tengahari tadi aku berbual panjang melalui hp ngan yuyi mengenai  kematian adik Filla Tak sangka hampir 20 minit gak aku berbual ngan yuyi mengenai kematian adik filla dan hal-hal yang bersangkutan dengannya  kemudian selang 20 minit  aku call dia lagi untuk berbual  perkara yang sama.Semoga Filla tabah diatas pemergian adik bongsunya semoga roh arwah adiknya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

 Pada masa yang sama dia  call  kawan rapat ngan dia tu , perbualannya pun berkisar  perkara yang sama. Maunya  aku tak terperanjat bila yuyi call dalam pukul 1.45 pagi  bagitau ayah kepada kawan rapat  dia tu meninggal dunia.Aku dah kirim salam takziah kat kawan rapat dia tu, aku harap kawan dia dan seluruh ahli keluarga tabah diatas  pemergian arwah ayahnya.

Jika kita percaya akan kebesaran Allah SWT,  ingatlah  setiap yang berlaku pasti  ada hikmahnya

Wednesday, August 29, 2012

aku tak pernah dating ngan pak we kat Taman Tasik Shah Alam

Salam Aidilfitri...................

Lamanya tak melepak kat  Taman Tasik Shah Alam seingat aku last pegi sini masa Firdaus berumur 3 tahun.Sebelum pegi snowalk i-city sempat lagi yuyi bawak kitaorang semua lepak kat Taman Tasik  Shah Alam dan bawak kitaorang naik bot menyelusuri Tasik Shah Alam. Masa tu mulalah fikiran aku menerawang. Mengimbau memory 10 tahun dulu.

Taman Tasik Shah Alam dan wet wet world banyak mengimbau memori indah ketika yuyi dan gula-gula hack masa kecil, buktinya masih tersimpan sekeping gambar mereka berdua berjimba-jimba kat Taman Tasik Shah Alam yang bestnya gambar tu aku ambik mengunakan kamera Ricah yang mempunyai negative filem kamera pemberian syarikat tempat aku keja sekarang ni*dasatkan kamera ricah ko mampu*


Sebelum menyelusuri Tasik Shah Alam Yuyi ngan gula-gula hacks bawak Firdaus berjimba-jimba kat taman permainan manakala aku plak sibuk mengambil beberapa keping gambar dorang untuk dimuatkan dalam blog ni.
Entah kenapa aku suka sangat gula-gula hack pakai baju kaler biru lembut ni .Dia nampak cam encem dimata aku.
Yuyi mesti bengkek aku banyak puji gula-gula hacks
Masa tu cuaca tersangatlah panas tetapi itu tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus berposing.la la la
Masih bersemangat mungkin yuyi diresapi semangat Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tak lama lagi kot
eh eh kenapa mata gula-gula hacks dalam gambar ni nampak sedikit kecil?
Siabang tengah melayan siadik
Siabang tengah happy semacam
Aku tengah memujuk Fidaus, arghh geram bila dikelilingi siakak dan sibang otomatik dia punya nakal datang.

Bila dah agak boring kat situ kitaorang naik bot menyelusuri Tasik Shah Alam, harga tiket untuk orang dewasa kalau tak silap aku RM5 alah harga tiket untuk budak kecik aku terlupa plak........

Tukang bawak bot



Wet wet World tunggu kedatangan kami
Wet wet world tunggu kedatangan kami
Tasik Shah Alam
Apa tu??
Masjid Negeri Shah Alam


Kemungkinan orang seberang
Merenung masa depan yang belum pasti
Anak-anak aku, macamlah korang tak tau ye dakJangan sepak aku , aku nak bagitau yang ni anak-anak aku.la la la
ni tupai ke?


Sekadar luahan hati

Entah kenapa hari ni aku macam nak masukkan seseorang dalam tong kemudian simen.e e e dosanya ..........

orang kelantan pun dah pergi Snowalk i-I City Shah Alam

Salam Aidilfitri................

Masih dalam mood Hari Raya Aidilfitri; Pada hari raya keempat aku ngan Firdaus dah lepak lepak  kat rumah , suami aku plak dah start keja . Tanjat boboy dalam pukul 3 petang yuyi ngan gula-gula hack datang ke rumah merengek-rengek ajak aku ngan Firdaus jalan-jalan kat pasaraya. Pada mulanya aku menolak  ajakan yuyi tapi  bila tengok muka Firdaus aku jatuh kasihan lalu aku menerimalah   pelawaan yuyi tu.

Yuyi batalkan agenda ke pasaraya dia menukar  agenda ke Tasik Shah Alam .Cerita pasal tasik Shah Alam nanti aku cerita di lain entry  ye. Selepas menghabiskan masa lebih kurang dua jam kat   tasik Shah Alam , yuyi bawak kitaorang ke  i-city plak  katanya nak ke snowalk katanya lagi "kawan dia yang dari Kelantan pun dah pegi ke snowalk i-city"  Manalah yuyi petik  statement tak boleh blah ni.la la la la Sebelum ni dah banyak orang cerita pasal i-city  kat aku tapi tak de plak aku teruja sangat nak  ke sini , yang peliknya  bila yuyi keluar statement kawan dia yang dari kelantan pun dah pegi sini otomatik plak aku terkinja-kinja nak ke sini.

Semua perbelanjaan di sini ditanggung 100% oleh yuyi  arghhh tau tak pe tak de maknanya aku nak keluar duit pegi tempat cam ni *dasar kedekut* jadi maafkan aku sekiranya aku tiada meletakkan  harga tiket masuk ke snowalk dan bayaran  apa saje yang bersangkutan ngan tempat ni.

Masa kitaorang sampai kat snowalk  jarum jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang kalau tak silap aku tempat dibuka hingga ke pukul 1 pagi. Dah garenti mat bangla atau myanmar yang datang pukul 1 pagi tu kan,opss terlepassss.
Sebelum masuk ke snowalk
DiPerkarangan snowalk ; tak dapat bergambar ngan the real  panda yang ala ala cam ni pun jadilah ye dak.

Sebelum masuk ke area snow snow kami dibekalkan ngan baju sejuk , sepasang kasut phua chu kang (sewa kalau tak silap aku RM10), dan sepasang stokin setiap sorang .Handbag, sling bag  atau apa sajer jenis  bag  kena simpan dalam loker yang dikenakan bayaran RM2. 

Jujur aku katakan memang aku tak tahan ngan kesejukan tahap gaban kat dalam snowalk ni.Aku perhatikan gula-gula hack pun sama ngan aku , tak sampai setengah jam kat sini hidung dia dah mula berair.Yuyi tak usah cakaplah memang dia  tahan ngan cuaca sejuk cam ni memberkan dah pegi Autralia.la la la  Aku salute ngan Firdaus selamba je kat tempat sejuk cam ni.
 masa gula-gula hacks bercakap nampak sangat dia  terketar -ketar kesejukan


Dalam igloo ni  aku paling tak tahan sejuk -igloo konon
Dorang berdua ni selamba je

Aku rasa bahagian  sini paling cantik 



Besar jaket dari orang

tudung aku jadi mangsa
Gula-gula hacks maintain sejuk
Masa ni hidung gula-gula hack dah mula beair dan merah
Tak tahan aku ngan igloo sejuk ni..........
kerbau ke lembu atau kambing gurun help me..........
Tak sampai sejam kat dalam snowalk aku ngan gula-gula hacks ajak yuyi dan  Firdaus keluar . Kasihan tukang bayar tiket, tak berbaloi ngan duit  yang telah dibelanjakan kat sini. Sunpah , kalau  ada sarung tangan dan stokin yang tebal InsyaAllah aku  bertahan dalam tempat sejuk camgini.  entah kenapa  bab kaki aku  fail , tapak kaki aku ni cepat sejuk dan kebas bila berada kat tempat sejuk.Keluar dari snowalk kitaorang menghabiskan masa lebih kurang sejam kat pokok-pokok dan haiwan berlampu. ye ke haiwan?
comel plak yuyi kat bawah lampu ni*matik pujik anak sendiri*
Cam bagus-bagus gula-gula hack bergaya ngan handbag aku
Meniru gaya salah seorang pengunjung berbangsa cina
Cam cantik je tempat ni
 gula-gula hack ni  cam masuk je  ngan baju kaler cam ni
Yuyi  tengah  beratur  membeli tiket untuk naik ke merry go round
Sebahagian dari pokok berlampu  yang ada kat sini
lagi pokok berlampu
gula-gula hacks ni dah sampai ke bawah baru mampu tersenyum
Gula-gula hacks gayat kat tempat tinggi

Permandangan pokok berlampu dari atas merry go round


The moral of the story snowalk i-city Shah Alam best sila bawak family anda ke sana, bukan senang wei nak merasa cuaca sejuk dan bersalji  ala-ala negara omputih ni...ialah tu



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina