Masih lagi dalam mood raya ; selepas check out dari Swiss Garden Kuantan pada hari rabu 22/8/2012, (wa berfikir cara ibu profesional itu sebab wa tulis tarikh) suami wa diam dan terus memandu kereta tanpa henti ngan cara ganster selama 2 1/2 jam, maka wa dan anak-anak wa semua terpaksa menahan dari membuang air kecil mahupun air besar di mana -mana toilet awam di sepanjang highway dan tidak dapat mengisi perut yang kelaparan dimana -mana R&R sepanjang highway atau membeli cempedak goreng atau jambu cicah asam boi dimana-mana gerai makcik dan pakcik yang tersesat disepanjang highway. Perangai suami wa yang suka memandu cara ganster memang wa masak sangat hingga menjadi ranum kalau dicicah kicap cili tambah gula memang sedap..
Sebaik saje kereta yang suami wa pandu memasuki Highway Shapadu wa terus petik yang wa ngan anak-anak nak makan kat restoran seafood. Memandangkan highway ni dah dekat sangat ngan rumah wa maka wa kena cakap cepat yang wa nak makan kat situ sebelum suami wa memecut ngan lebih ganster ke jalan menuju rumah wa . Beruntunglah wa punya badan hari tu semua perbelanjaan makan dan minum di restoran ditanggung oleh suami wa .
Anak wa yuyi 24/7 pakai baju ni , spesis pakai sampai lunyai mana -mana baju yang dia berkenan.
muka spesis apa ni?
wajib suami oder baby kailan yang tak serupa baby goreng ikan masin
sotong goreng tepung cicah sos
order baby lala tapi yang dapat lala yang sedikit berumur , tak pe janji sedap
Gambar cilok entry lama ,tak pelah sebab ikannya lebih kurang sama kira halal lah.
ketam goreng ngan telur masin wa lupa nak ambik gambar yang dapat wa ambik gambar tukul besi wat pecah ketam, kira okeylah kan. Masa tengah makan wa baru perasan yang suami wa booking semua meja di restoran ni semata -mata sayangkan wa sepenuh jiwa dan raga.Kalau wa berfikir cara isteri -isteri romantis jam tu gak wa peluk cium suami wa ketat-ketat tapi nasib baiklah wa berfikir cara isteri-isteri ganster. kalau lu semua mau makan direstoran seperti suami lu manyak sayang dan booking ni restoran untuk lu seorang sila datang makan diwaktu restoran ini berehat dalam pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang .la la la laDah lah tak de apa lagi yang wa nak blog kan, sekejap lagi wa nak pegi klinik wa risaulah sekarang ni hampir setiap malam wa demam wa takutlah wa punya kawan muka buruk gaji rendah tu pernah cakap ngan wa yang dia takut wa mati terkangkang dalam toilet .choiii.