Friday, September 14, 2012

Hari Jumaat ; Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2012



Fresh from farm-gambar pagi tadi
Ada nama gitu
Nampak tak chocolate chip mak tu?


Hari ni sekolah Firdaus mengadakan majlis jamuan hariraya yang melibatkan semua murid, guru, staf dan warga sekolah MBS. Pada hari yang sama pihak sekolah juge ada mengadakan majlis sambutan Hari Malaysia .Bagi memeriahkan majlis jamuan Hari Raya setiap murid dikehendaki membawa makanan atau biskut raya terpulanglah kepada murid itu sendiri .

Memandangkan kat rumah aku ni masih ada lagi berbaki biskut raya maka Firdaus memilih untuk membawa biskut raya ke sekolah.Yeah yeah senanglah kerja aku hanya tinggal mengisi biskut raya ke dalam bekas.Aku siap tulis nama kat bekas biskut raya tu supaya jangan hilang tapi kalau nak hilang juge apa aku boleh buat .

"Hari ni semua orang kena pakai baju hari raya," katanya Firdaus. Pagi tadi masa hantar Firdaus ke sekolah aku nampak ramai murid lebih kurang sebaya firdaus berbaju raya alahai comelnya masing-masing ngan baju raya .

Okeylah mata aku pun dah naik mengantuk.jumpa lagi ye............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina