1) Status Nuffnang aku dah bertukar semula kepada Glitterati setelah hampir sebulan akaun blog aku berstatus Non-Glitterati.Bukan sebab aku curang letak iklan pesaing Nuffnang tapi mungkin sebab server kurang stabil sampaikan bot Nuffnang tak dapat crawl ke blog aku.
2) Semalam Chefel aku dah mula beroperasi,aku sangat berpuas hati dengan hasilnya .Servis yang diberikan sangat tip top.
Aku suka nak kongsi ilmu dan barang baik dengan pembaca blog aku.Tak pandailah aku nak kedekut-kedekut ni , kalau kedekut pun dapat apa ye dak.
Pagi semalam Chefel aku mula beroperasi dengan menyediakan roti telur bermayonis dan bersos cili. Roti telur tu tunggu Next entry ye.
Kerang ni aku beli kat pasaraya beratnya anggaran sekilo kot
Macam tak best plak kalau tak ditumis bawang putih ngan serai ; 4-5 ulas bawang putih ngan 3-4 batang serai aku ketuk -ketuk kemudian aku tumis hingga naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau aku masukkan kerang tadi bersama sos tiram, paste tomyam dan sedikit air.Tutup chefel selama lebih kurang 5-10 minit.
Jeng -jeng kerang tomyam yang dah ready untuk diangkat
Sila betulkan leher anda
Dengan Chefel Isi kerang tak kering dan rasanya manis
small bak choy-anggaran 3 orang makan
small bak choy dibelah dua , cucu dan kemudian dibersehkan ngan air kemudian tuskan
Tumis sedikit bawang putih sampai naik bau, bila dah naik bau kita masukkan sos tiram diikuti ngan small bak choy kemudian tutup chefel , semudah ABCD kan.Selepas 3-5 minit kita lihat hasilnya hebat small bak choy goreng yang segar dan hijauchefel menjadikan sayur bak choy rasa manis, sedap dan ranggup* bila cosway nak ambik aku jadi duta ni?*
Muka masam sebab aku tak nak keluarkan isi kerang. arghh dah besar buatlah sendiri ye dak.
Budak yang tak suka sotong dan udang kalau lala ngan kerang laju je....
Cerita chefel belum habis lagi nanti bila ada masa aku sambung lagi................