Bak kata suami aku semalam ; dah ayahnya dan emaknya keras kepala dapat anak pun keras kepala. Aku balas balik "sekeras keras kepala saya , InsyaAllah belum pernah lagi saya buat sesuatu tanpa izin awak , tak pernah lagi saya tak buat apa yang awak suruh dan lagi satu sekeras keras kepala anak saya InsyaAllah dia belum pernah lagi menyusahkan hidup saya."Dan perbualan kami mati disitu saje.
Berbalik kepada cerita butter cheese cake ;
Aku menggunakan blue key tepung naik sendiri
Putar putih telur sampai gebu tips untuk tips putih telur jadi gebu sila ambik kat SINI
Bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven
Butter cheese cake
Bahan A
225 gm tepung gandum - Aku guna tepung naik sendiri 225 gm
1 1/2 tsp baking powder
1/4 garam
Bahan B
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
160gm gula castor
5 biji kuning telur
Bahan C
5 biji putih telur
1/2 tsp jus lemon
Cara-caranya
1.pukul butter dan cream cheese sampai gebu
2.masukkan gula, pukul lagi
3.masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi
4.Masukkan bahan A dan gaul rata
5.Dalam mangkuk lain pukul bahagian c hingga kental
6.kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata
7.masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Gandakan pengunaan bahan-bahan sekiranya kita nak buat lebih dari satu adunan
butter cheese cake menjerit-jerit minta dikeluarkan dari oven
Aku belum potong lagi butter cheese cake yang aku buat malam minggu hari tu maka aku terpaksalah menggunakan gambar dari entry lama untuk menunjukkan kegebuan butter cheese cake aku ni.
Sekadar luahan hati
Buat jahat jangan sekali kalau nak membuat kebaikan pun biarlah berpada-pada . Dalam hidup ni, Jangan dengki pada orang lain dan lagi satu jangan sesekali menganiaya manusia , haiwan dan serangga. Kenapa plak serangga terlibat dalam ini cerita, ha ha ha serangga mengingatkan aku pada arwah nenek , dia cukup marah kalau aku pukul nyamuk. Dia akan cakap "nyamuk pun nak hidup".Tapi paling aku tak boleh lupa setiap kali barang dia kena curi, dia akan cakap "nak buat cam mana dah rezeki pencuri."Sabau jelah kan.