Showing posts with label Tepung naik sendiri blue key. Show all posts
Showing posts with label Tepung naik sendiri blue key. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Malam minggu aku ; butter cheese cake dari orang keras kepala untuk pengasuh dan teman

Suami bagitau  aku yang dia tak berapa gemar makan butter cake atau butter cheese cake,  kalau makan sikit- sikit je bolehlah. Aku tahulah feveret dia kek coklat ."Ada aku kesah, "aku kata dalam hati. Aku jahat  tapi sejahat -jahat aku ni la kan dalam hati aku ni penuh kasih sayang yang terlalu sukar  hendak aku  ungkapkan dengan kata-kata Biarlah  Allah SWT je yang  tahu.Ya memang tidak dinafikan dari  kecik sampai besar aku suka buat benda  ikut kepala aku  tapi tak delah sampai buat benda yang menyusahkan keluarga atau orang lain. Kalau buat sekalipun aku akan tanggung akibatnya, aku ni jenis pandai buat pandai tanggung.

Bak kata suami aku semalam ; dah ayahnya dan emaknya keras kepala   dapat anak pun keras kepala. Aku balas balik "sekeras keras  kepala saya , InsyaAllah belum pernah lagi saya buat sesuatu  tanpa izin awak , tak pernah lagi saya tak buat apa yang awak suruh dan lagi satu sekeras keras kepala anak saya InsyaAllah dia belum pernah lagi menyusahkan hidup saya."Dan perbualan kami mati disitu saje.

Berbalik  kepada cerita butter cheese cake ;

Aku menggunakan blue key tepung naik sendiri 
 
Putar putih telur sampai gebu tips untuk tips  putih telur jadi gebu sila ambik kat SINI
Gambar belah  kiri  Adunan yang belum dicampur dengan putaran putih telur manakala gambar belah kanan adunan yang dah ready untuk dimasukkan ke dalam oven
Bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven
Butter cheese cake

Bahan A

225 gm tepung gandum - Aku guna tepung naik sendiri 225 gm
1 1/2 tsp baking powder
1/4 garam

Bahan B

200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
160gm gula castor
5 biji kuning telur

Bahan C

5 biji putih telur
1/2 tsp jus lemon

Cara-caranya

1.pukul butter dan cream cheese sampai gebu
2.masukkan gula, pukul lagi
3.masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi
4.Masukkan bahan A dan gaul rata
5.Dalam mangkuk lain pukul bahagian c hingga kental
6.kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata
7.masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Gandakan pengunaan bahan-bahan sekiranya kita nak buat lebih dari satu adunan
 butter cheese cake menjerit-jerit minta dikeluarkan dari oven

Aku belum potong lagi butter cheese cake yang aku buat malam minggu hari  tu maka  aku terpaksalah menggunakan  gambar dari entry lama untuk menunjukkan kegebuan  butter cheese cake  aku ni.

Sekadar luahan hati

Buat jahat jangan sekali  kalau nak membuat kebaikan pun  biarlah berpada-pada . Dalam hidup ni, Jangan dengki pada orang lain dan lagi satu  jangan sesekali menganiaya manusia , haiwan dan serangga. Kenapa plak serangga terlibat dalam ini cerita, ha ha ha serangga mengingatkan aku pada arwah nenek , dia cukup marah kalau aku pukul nyamuk. Dia akan cakap "nyamuk pun nak  hidup".Tapi paling aku tak boleh lupa setiap kali  barang  dia kena curi, dia akan cakap "nak buat cam mana dah rezeki pencuri."Sabau jelah kan. 

Wednesday, November 2, 2011

sejuta orang mengatakan sedapnya kek lemon, serius, ni , I see

Salam hari rabu......................

Hye apa khabar?Jumpa lagi ye. Korang dah breakfast ke? Aku dah,, makan kue teow je je je, lepas ni nak gi lunch kat satu blog yang penuh ngan segala santapan, kenyanglah aku kalau masuk blog dia.Aku admire sangat ngan blog Ate ni , aku nak gak tengok orangnya cam mana, tapi tak lagi dapat sampai sekarang.

Jom kek lemon..........



abaikan parutan kulit lemon cam malaun tu, janji kek ni sedap, lagi kasar parutan kulit lemon lagi terasa, tedapnyaaaa.



Jus dari sebijik lemon

Kek lemon

Resepinya
1)150gm tepung naik sendiri(self raising flour)
2)2 tbsp tepung kastard
3)2tbsp susu tepung-aku tibai susu firdaus.kui kui kui
4)150gm butter
5)100 gm gula castor-
6)sesudu susu pekat manis
7)3 butir telur
8)1 bji lemon ambik jusnya dan parutan kulit lemon
9)sedikit essen limau.

Cara membuatnya

Putar butter ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Selepas adunan tadi kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung naik sendiri, putar ngan kelajuan tahap 1, last sekali masukkan susu pekat, lemon jus ngan parutan kulit lemon, sambil memutar secara perlahan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius........
lengserkan acuan ngan majerin
Bakar selama 40 minit.......


Paling penting baca cara-cara membuatnya dan pahami betul-betul pada yang berminat nak buat sendiri, nanti tak delah cam sorang tu nak menyalahkan resepi aku bila muffin pisang yg dibuatnya jadi cekodok pisang.Orang dah kata baca sampai habis, jangan ambik tangkap muat je.

Apa yang perlu dipatuhi kena patuhi contohnya kalau dah dalam resepi bagi tau masuk tepung sedikit demi sedikit sambil memutar, kena lah patuh. Kalau ko tak patuh, jangan nak marah plak muffin ko bertukar jadi cekodok pisang.Sakit hati gak kan kalau kita bagi resepi percuma, niat ikhlas, tetiba plak ada yang ambik resepi kita , buat tak jadi, lepas tu nak salahkan resepi kita. go to jamban, ada aku kesah.

Lagi satu aku harap go to jamban ngan sorang pengomen lelaki yang dah terlebih kaya, syukur Alhamdulillah, kenapalah yang dia nak sebok kalau aku terlebih rajin nak masak, cam lah aku suruh bini ko masak, waima bini ko tak masak , aku tak pernah kutuk, ko yang sebuk nak cakap ngan org yang selalu makan kat luar dan bini ko tak masak.Aku tak sibuk nak tahu dan tak sibuk nak tanya.kah kah kah

Kalau aku kaya cam ko,24 jam pun aku makan luar, masalahnya aku ni keja sapu sampah je, berapa sen lah sangat gaji kalau nak dibandingkan ngan ko yang gaji +++++ tu.Hormatilah kehidupan peribadi aku ye, sebagaimana aku menghormati kehidupan peribadi engkau tu dan semua orang kat luar sana.

Sekiranya rasa blog ni menyemakkan fikiran , sila jangan ke sini, aku tak kisah , sebab aku dah ada loyal reader-nampak tak kat situ "kenyataan riak" kui kui kui. Aku laser ngan org yang nak cuba sakitkan hati aku je, kalau org tu datang cara baik , aku 10000000 kali baik.sila percaya.

Aku rimas, asyik datang nak cakap benda yg sama.Aku happy je penat-penat , yang ko dah lah lelaki mulut mengalahkan makcik, kenapa?. Serius aku tak boleh blahlah, kalau lelaki yang mulut makcik-makcik ni. Dah jadi lelaki, cuba serius , cakap benda berfeadah je. Sedangkan suami jiran selang dua buah rumah ngan aku , satu hari dia tanya "hari ni, tak keja ke?" serius aku dah cam nak lempang je dia. Dah lah tak rapat ada hati nak tanya hal yang tak de mengena ngan dia.kui kui kui.




Saja gedik bagi corak........



selepas 40 minit, tak boleh terus keluarkan dari oven, ambik gambar je skit.



Jeng jeng jeng, tedapnyaaaaaaaa



kim kardision pun mengatakannya sedap.



Fura pun mengatakannya sedap.



Hantu pun mengatakannya sedap..............


Kalau dah sedap korang jangan lupa tekan like kat masakan air tangan bonda. terbako sipolan tu.kui kui kui

Saturday, May 30, 2009

Buat kek untuk pengasuh anak



Persedian untuk buat kek

butter SCS, mahal tapi baunya wangi. satu adunan satu buku butter 250 grams.




bekas untuk membakar kek. pakai ni senang nak keluarkan kek selepas masak.jangan basuh guna gosok periuk yg kasar.



gula castor 220 grams kalau tak suka manis boleh letak 200 grams. aku tak suka pakai timbang sangat kecuali buat biskut.




mesin butter dengan gula sampai hancur dan bertukar warna putih.


pukul sampai kembang jadi macm ni. jgn lupa letak essen vanila.





letak telur sebiji demi sebiji. semuannya 4 biji. mesen sampai sebati.




masuk tepung naik sendiri 250 grams lepas tu mesen lagi.
dah sebati. aku masuk pewarna merah , biru , hijau jadi cam pelangi.







dah siap , masuk dalam bekas utk di bakar





masuk dlm oven suhu 180 c selama 45 minit.




inilah hasilnnya. cubalah kawan-kawan.








Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina