Friday, December 9, 2011

Padah akibat perbuatan sendiri.......

Salam hari Jumaat................


Aku blur, otak tumpul hari ni, gara-gara mandi ngan air yang tak sampai 1/2 baldi, meninggalkan rumah dengan tak buat satu apa pun, serius rasa kekok. Padan ngan muka aku sendiri, suka sangat nak bertindak mengikut perasaan. Mana aku tau air tak de , bukan salah aku, sapa suruh tak bagi tahu atau aku yang benggap tak ambik tahu : (

Sepanjang perjalanan pagi tadi, sampai tempat biasa  sepasang suami isteri berniaga makanan  "dik dah berapa hari dorang tak ambik sampah? , lebih kurang 2 minggu akak lalu sini sampah tu berlonggok cam tu je," terlepas jugak soalan yang dah dekat 2 minggu aku simpan."ada ambik kak, setiap jumaat dorang ambik, hari ni dorang ambik kot ,  kenapa kak? "oooooo tak de apa-apa."

Aku cau , jalan tak sampai 5 meter , nampak dah timbunan sampah yang dah macam satu bukit kecil, ulat sampah merayap-rayap atas jalan, kulit anjing dari bangkai anjing yang dah hancur, air sampah mengalir sana sini, pampers bersepah sana sini, rasa kelakar plak  bila merpati dua sejoli tu kata, dorang ada ambik sampah. Dia buta ke atau aku buta, atau dia takut aku buat report yang dia berniaga makanan tak sampai 5 meter dari tempat pembuangan sampah. Aku tak dapat ambik gambar tempat tu , sebab banyak mata memerhatikan, serius kalau korang tengok tempat tu , boleh kembang  tekak.

Tak tahulah...hari ni memang tak de mood , pasal sampah satu sebab, terpaksa pegi keja pun satu sebab gak, dalam kepala dah ingat nak cuti pagi tadi , mengenangkan rakan sekerja cuti, bos aku plak start cuti hari ni, tak kan nak biarkan ofis kosong, nak tak nak kena keja. Pada aku dari tak de air, biarlah tak de letrik, air penting sangat macam -macam keja tergendala bila tak de air : (

O O O O bila berblog mood mari, tak de lah mari sangat pun, masih sedih sebab kebelakangan ni aku kurang pegi blog kawan-kawan , sebab berukband waktu malam macam ada masalah , tak pelah mungkin esok okeylah tu,InsyaAllah.



Barang aku kutip kat giant petang semalam ; Firdaus ni, sekarang dah memandai beli barang makanan dia sesuka hati ,air kotak cokelat, sekali rembat 6 kotak, aku pandang dia kecik je. Lemon , carrot australia ngan kobis cina wajib beli : )


Malam tadi aku buat butter cheese cake lagi, resepi dah bagi hari tu, hari ni aku bagi beberapa tips ngetop top kah kah kah, sebelum bagi tips aku nak bagi tahu yang aku ni bukan pakar atau pernah mengikuti kursus mebaking atau apa sahaja yang berkaitan ngan kek atau biskut, tips ni aku belajar dari pemerhatian sendiri setiap kali membaking dan ada jugak belajar dari beberapa blog masakan .

Tips nak asingkan putih telur dari kuning telur dengan cara mudah

Guna telur dari dalam peti ais .






Tips nak dapat putih telur yang gebu geban .

kalau boleh jangan putar putih telur dalam mangkuk plastik , bekas yang kita gunakan mestilah kering dan tak de sisa kekotaran.



Tanda putih telur tu cukup gebu geban, bila kita terbalikkan bekas, putih telur tak akan jatuh.



Tanduk putih telur menandakan dah cukup gebu geban.Jangan putar lagi bila putih telur dah cukup gebu geban, kalau putar gak , yang gebu geban tu akan jatuh.kui kui kui

Tak pasal -pasal menyusahkan diri, nak jugak menconteng atas kek , mana tahu ngan menconteng boleh lepaskan tekanan.



Inilah yang dikatakan lukisan gambaran hati.kah kah kah.gambaran hati jiwa resah sebab mengenangkan peralatan dan  bekas buat kek semalam tak berbasuh : (



Kek yang baru masak, jangan terus keluarkan dari oven , biar kek sejuk dalam oven, sekiranya kek yang masih panas terus keluarkan dari oven,kek akan otomotik turun, cam mana tak turun, kek terkejut boboy dari cuaca panas terus ke cuaca sejuk.



Butter cheese cake ku , percubaan kali kedua : )




Dalam hati model sambilan "oh tuhan tolonglah , adakah patut air tak de, mak jimba jimba buat kek." kah kah kah


Petang ni kalau masih tak de air, terpaksalah tido umah yuyi. Oh wakil wakil sekalian tolonglah kami.........tolong kami bantu kami , rumah kami tak de air. ikut sama-sama nyanyi.................

nota kakitangan

Serius , aku lemas dalam lautan bergelora ombak tinggi , ombak bergulung-gulung , ombak menghempas pantai, time aku duk depan komputer tengah buat sesuatu keja, ada orang sibuk bersiaran depan aku atau duk belakang aku, tetiba je aku hilang idea dan fokus.hissss peninglah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina