Ingatkan hari ni bangun lambat sikit tapi bila telinga ni terdengar bunyi alarm hp dalam pukul 6 , mata ni terus tak boleh lelap. Alang-alang tak boleh tidur , suami plak tanya maggi baik aku terus bangun buat sarapan. Tanya maggi tu tandanya lapar ye dak. Aku suruh suami bersabar ,aku bagitau dia sekejap lagi aku nak goreng bihun,dengar aku nak goreng bihun dia terus sambung tidur. "bagus , aku kata dalam hati .
Hari ni aku malas nak masak nasi dan lauk pauk bagai sebab tu pagi ni aku buat bihun goreng nalar punya banyak biar dorang makan sampai lebam.Nanti tengahari InsyaAllah aku nak buat twice baked potatoes cheese*bajet omputih*
Simple je bahan-bahan untuk membuat bihun goreng ni :
1) sengengam atau sengengam setengah udang kering bilis cuci berseh
2) 10 tangkai cili kering direndam dalam air panas-pilih cili kering jenis tak pedas
3) 5 biji bawang merah
4)3 biji bawang putih
kisar bahan 2,3,4 sampai lumat kemudian baru kisar udang kering-kisar sederhana halus
5)1 1/2 gengam taugeh-lebih kurang 50 sen
6) seikat sayur sawi
7) 1/2 sudu besar garam sederhana halus-tambahkan kicap cair sekiranya bihun goreng ni sedikit tawar
8) secubit kecil serbuk perasa
9) 3-4 sudu besar gula
10) dua sudu besar kicap pekat
Bahan-bahan di atas untuk mengoreng sebungkus bihun
Cara-cara membuatnya
1)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2)masukkan garam dan gula-kacau sekejap
4)masukkan sawi -kacau sekejap kemudian masukkan kicap pekat diikuti bihun yang dah direndam
5)Masukan air kacau balik dan kaup balik sampai bihun lembut
6)Bubuhkan secubit kecil serbuk perasa, kacau sekejap kemudian masukkan taugeh goreng rebah bangun je.... tutup api angkat dan sedia dihidang.
Taugeh digoreng rebah bangun maksudnya goreng sekejap je ,kata arwah mak aku kalau salah sila tanya arwah mak aku.la la la
Bihun goreng dimakan bersama telur goreng mata kerbau
Bihun goreng makan sampai lebam
US potato ni aku beli kat Jaya Jusco Bukit tinggi lepas balik dari menghadiri open house kawan bukan kayangan.Cerita pasal open house I update soon.*bajet ramai yang berminat nak ambik tahu*
US potato *macamlah aku sorang je tahu*
InsyaAllah bila aku dah buat twice baked potatoes cheese tu nanti aku update ye. Entah kenapa kalau tengok kentang je aku teruja. Sedapnya kentang aku memang minat sangat ngan kentang. Kentang dalam bahasa omputihnya potato pada aku salah satu makanan yang sedap dan unik serta boleh dipelbagaikan resepinya.Tiba-tiba saje gua berfikir cara chef yang ada potensi untuk menjadi chef yang terkenal diseluruh pelosok dunia.