Sunday, September 30, 2012

sepanjang minggu ni ; kesesakan lalu lintas di Pelabuhan Barat ; kurang bizi duk goyang kaki

Alang-alang mata aku ni  tak boleh lelap apa kata  kita lanjur-lanjurkan dengan mengupdate blog . haishh meremang bulu roma aku dengar perkataan "lanjur-lanjurkan" tetiba je otak aku menerawang pada  keting dalam filem "Jalan kembali Bohsia" 

Geram arghh entah apa kenanya dengan  Jalan kat Pelabuhan Barat atau Westport ni  semedang sesak gila babi  sepanjang minggu ni . Pada kebiasaannya bila  jalan normal perjalanan dari  westport  ke rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit  tapi bila jalan ni  menjadi  biul, bongok atau sesak  ia akan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah aku  sila jangan salahkan jalan, salahkan orang yang bertanggungjawab yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan  segera pantas cekap atau apa sahaje perkataan yang seumpama dengannya" aku kata dalam hati . aku tengah marah niii sila takut.

Apa kejadahnya bila lori ngan container terbalik atau bila  berlakunya  kemalangan kecil atau besar  lebih kurang pukul l petang atau 3 petang kat Westport ni   kau baru terhegeh -hegeh nak clear/setel atau perkataan yang seumpama dengannya  pada waktu matahari hampir menenggelamkan diri atau dengan lebih tepat lagi ketika semua  orang tengah sibuk berpusu-pusu pulang ke rumah apakah  kau ingat semua orang berpusu-pusu nak ke shopping komplek ke atau kau ingat kitaorang ni semua tengah syok main  batu seremban atau galah panjang  kat westport ni????????Entah kenapa setiap kali aku nampak kau didalam kereta bangang kau tu nak menuju ke tempat kemalangan setiap kali tulah darah aku mendidih masa tu mulalah habit buruk aku  mencabut dan meletupkan rambut tu datang.

Bangang hari tu gara-gara  jalan gila babi punya sesak  (seriously babi pun tak gila macam tu) hampir 10 helai rambut aku tercabut. haishh susahlah aku  nak  mengawal kemarahan bila membabitkan hal kesesakkan lalu lintas ni. Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi  di Westport ni jadi pada pandangan aku  kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakkan  dan menyediakan lebih banyak pengangkutan awam  untuk ke Westport contohnya komuter dan bas.*sila undi saya dipilihanraya akan datang" Bukannya tak de bas untuk ke westport , ada tu ada  tapi masalahnya sekarang  bas tu kena naik dari stesen bas kelang tak kan ye aku nak ke kelang kot. Bas ni akan meronder ke kampung -kampung yang terdapat di dalam mukim Pulau Indah sebelum ke tempat keja aku ni memang sangat-sangat mengjengkelkan hati aku, lembu, kambing dan segala haiwan-haiwan yang comel dan cute. Kamonlah sementelaah stesen komuter kat westport ni dah ujud bila lagi nak campak  dua tiga komuter kat sini  , mana tau boleh kurangkan kesesakkan lalu lintas yang dah tahap hardcore kat sini ye dak.

Hakikatnya  aku tak suka membebel tentang benda -benda dah basi  yang telah pun orang ketahui sebelum ni tapi selagi aku tak muntahkan bebelan yang memang telah sedia basi ni selagi tulah aku rasa angin   atau dalam  istilah perubatan doktor ia dikenali  gas akan bergerak-gerak dalam perut aku ni.

Berbalik bab tak masak ; Bila aku tak masak Pasar malam atau Restoran KFC atau mee segera menjadi sasaran utama aku.

set nasi green curry 
Selalunya aku beli  2 set nasi  untuk Firdaus dan suami aku je , diri aku tolak tepi aku memang tak makan nasi pada waktu malam.Tiba-tiba aku terdengar beberapa suara sayup-sayup."dietlah tu" excuse me  aku tak diet cuma kalau  aku makan nasi  pada waktu malam nanti keesokan paginya aku susah nak bangun,  badan plak  terasa lemah semacam
cheesy wages wajib ada
kalau  aku tak beli set nasi aku beli ayam KFC yang 5 ketul  bahagian ? dah semestinya drumstik ngan thigh
Nasi ayam KFC*nampak sangat pembaziran berleluasa di sini*
sup nasi ayam
Dia ni macam biasalah kalau ngan ayam KFC senyum sampai menutup mata
Nasi ayam KFC boleh tahan gak sedap
Kalau pegi pasar malam aku beli nasi ?? ngan ayam berempah .Jangan tanya aku  samada nasi tu sedap atau tak, seriously aku memang tak de jawapan untuk itu 
Aku tak tahu kenapa setiap kali aku ke pasar malam , suami aku akan menyuruh aku membeli  2 keping ayam uncle bob versi pedas dan tak pedas? Adakah uncle bob mempunyai anak dara  yang cukup ayu dan jelita?Adakah suami aku memiliki  50% saham di dalam syarikat ayam uncle bob?
pilihan yang terakhir dan terdesak ; nasi lemak biasa dan RM3 sambal ikan bilis petai.



cukup cukuplah sudah kemerapuan aku hari ni.............dalam otak aku ada sambal ikan bilis, nasi kosong dan telur mata kerbau.....okey aku nak bergerak dan bertindak sekarang mengikut arahan otak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina