Sunday, September 2, 2012

Pengalaman hidup adalah guru yang terbaek

Salam merdeka..........


Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 55 bercakap mengenai kemerdekaan negara kita aku tertarik dengan  kata -kata Khalid Salleh , Pyan Habib dan Ramli Sarip dalam  Kosmo Ahad  26 Ogos 2012 muka surat 22-23


Pyan Habib 

"Minta sedikit ruang untuk bercakap , bila merdeka kena ada ruang untuk mengkritik "sejak dahulu lagi saya baca puisi, mengkritik apa saje tapi okey.Sekarang sahaja , kritik sikit terus orang lihat kita sebagai pembangkang , tak semestinya.

"Saya boleh pergi  kanan atau kiri , dahulu atau sekarang, saya masih orang yang sama.Tapi kalau orang tak mahu panggil dan dengar puisi saya bagaimana mereka hendak tahu saya jenis yang hentam kerajaan atau tidak?

"Saya berkarya dan baca puisi untuk beli beras"

Ramli Sarip 


"Bercakap soal bebas atau merdeka , di mana pun kita berada kita tidak bebas sepenuhnya.Apa yang boleh kita lakukan ialah menghormati kemerdekaan itu dengan cara terbaek .Ikut hukum alam. Di hutan atau di laut sekali pun manusia masih kena ikut peraturan.

"Dipentas persembahan juge , kita kenal pentas, kenal masyarakat, Walau sehebat mana pun kita tapi apabila kita ke Mekah misalnya kita kena sujud ditempat yang sama."


Khalid Salleh

"Saya  percaya setiap orang ada tanggungjawab untuk angkat sesebuah isu jadi bahan pemikiran, untuk dilihat dengan pandangan berilmu dan bukan sekadar 'pak turut'," katanya sarat memberi contoh perfileman hollywood sebagai propaganda yang berjaya membentuk kuasa Amerika Syarikat sebagai negara terkuat dunia.

"Setiap manusia bebas mengeluarkan pandangan tapi sejauh mana erti kemerdekaan itu difahami dengan jelas , ia masih satu persoalan yang bersilang tindih .Bebaskah diri dan negara itu untuk beraja sebagai sebuah negara merdeka?

"Adakah amalam-amalannya itu merdeka dari segi agama , bangsa dan negara?Merdekakah orang yang melaung-laungkan ungkapan merdeka itu?"


"Saya lihat perkara itu lebih kepada displin dan peraturan hidup.Peribahasa melayu sendiri menyebut masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang harimau mengaum.Kita kena ikut tema  macam hari ni, saya suka santai tapi diminta pakai baju melayu ,saya akur"

******************************************************************************

Akhir kata dari aku  renung-renungkanlah dan selamat beramal.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina