Friday, September 28, 2012

hari minggu aku ; sehari bersama seorang berperiod pain tegar

minggu ni minggu yang sangat sukar ; aku period .sah sah korang nak lempang aku kan period pun nak kecoh. Masa tengah  period  memang takde lah maknanya aku nak berkinja-kinja kat luar.Jujur aku katakan yang aku ni period pain tegar  dari anak dara sampai  dah jadi ibu pada 4 orang anak ni. Minyak  panas memang  menjadi peneman setia disaat period pain  untuk membantu melegakan kesakitan pinggang , belakang, perut dan segala anggota badan aku yang pada masa tu seolah -olah  bekerja tanpa henti. Ada masa  tekak  aku rasa mual, loya  kadang-kadang tu siap pakej muntah  mengalahkan orang pregnnat sakitnya Ya Allah ya Tuhanku.Masa nilah aku teringat akan dosa-dosaku   , masa  sihat walafiat tak ingat dosa ye dak.


Yuyi pun macam aku  gak setiap bulan tak pernah miss  period  pain tapi lagi teruk sampaikan pernah dihantar oleh kawan serumah dia  ke wad kecemasan siap pakej dimasukkan air   gara-gara period pain.Setiap kali period terutama pada hari pertama  yuyi  akan sediakan  plastik untuk muntah dan minyak panas untuk melegakan simpton sengugut.

Aku ngan yuyi sanggup tahan sakit , memang tak suka ambik  ubat tahan sakit bukan apa badan kitaorang bertambah lemah  setiap kali selepas  makan ubat tahan sakit. Aku selalu berdoa supaya period aku tak jatuh pada  hari bekerja kalau tak aku kena ambik mc.

Kalau korang tanya bagaimana rasanya period pain? hurmm macam mana eh aku nak cakap  entahlah rasa tak tahu nak cakap cam mane cukuplah sekadar aku katakan yang sakitnya umpama nyawa aku bagai dihujung tanduk.InsyaAllah setiap kali period pain aku  redho ,aku kena set dalam kepala aku  sakit adalah bentuk  ujian  Allah SWT kepada hamba-hambanya 

Oleh kerana minggu ni aku  sedang  bertarung ngan period pain  dah tentu-tentulah breakfast cum juadah makan tengahari  ye dak.
Bihun goreng rencah udang kering tumbuk 
bihun goreng makan ngan telur mata kerbau 

 Masa memasak juadah makan malam ni aku dalam  70% lega  dari   period pain . simple je  juadah aku  ;  ayam masak sambal tak berapa nak pedas ala ala ayam masak merah dan masak lemak kacang panjang.
 yuyi cakap yang aku  boleh memasak lagi dalam keadaan tengah menahan period pain  . Aku cakap kat dia yang aku dah biasa memasak sambil menahan sakit period ni  kalau aku tak buat saper lagi yang nak buat .


Nasihat aku pada sesiapa yang mengalami period pain tegar  cam kami berdua  set je dalam otak tu "Allah SWT bagi ujian sebab dia sayang kat kita"

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina