Afis : ko ingat tak dulu mak teruk ,tak bagi kita makan gula-gula ngan coklat .sapa bagi mesti mak sorok
olin : sekarang kita orang dah besar, sukahati kita oranglah nak makan gula banyak-banyak.(sambil makan gula-gula) ketawa terkekeh.
Aku memang kejam.Aku kerap trauma kalau tengok budak makan gula-gula.mungkin aku tak suka nanti gigi jadik rongak kot.sampai sekarang perangai aku tetap sama.kalau simontel balik dari tadika, bawak gula-gula, aku akan cakap jangan makan tu ubat.nanti aku akan ambik gula gula tu masuk dalam fridge atau buang .kha kha aku mak yang zalim.
sorrylah terpaksa pakai cermin mata, gambar berprofail tinggi.kwang kwang kwang.muka afis yang tengah hot kena habiskan breakfast.saj aje nak tulis pasal dorang sempena birthday olin pada 13 Julai lepas yang ke 21 tahun, sekarang dia tak de, kat oversea, vietnam je.
olin baru balik mengaji.
sebelum pergi sekolah sempat posing lagi.
Breakfast pagi tadi, bihun goreng.stop cerita pasal dorang.
Bahan-bahan
1) 5 tangkai cili kering + 3 biji bawang merah ngan bawang putih diblender kering
2)2t bsp sos tiram
3)udang kering dibasuh dan diblender kering
Bihun rendam 2 atau 3 jam dan dituskan.
1)1 batang carrot dihiris halus.
2)kobis dihiris-hiris
Tumis bahan yang telah yang telah diblender sampai naik bau.masukkan air sedikit.bubuh garam ngan gula 1 tbsp.bubuh kobis tadi bersama bihun yang telah direndam.
Kacaukan bihun tadi, supaya semuanya bergaul.masukkan kicap pekat ikut suka.kalau sapa suka hitam , letaklah banyak.gorang bihun sampai lembut. kecikkan api , supaya bihun tak melekat.last sekali bolehlah masukkan carrot ngan sos tiram .masak sampai bihun goreng jadik lembut.
Ikut selera masing-masing, kalau suka boleh tabur telur dadar yang dihirs halus.
Bekalan ketempat kerja.
soalan cepu emas.
Korang rasa breakfast penting tak?korang breakfast ke tak sebelum mulakan kerja?