Anjing cam ni korang harus buat muka bengis.
kalau anjing cam ni bolehlah kasi senyum dulu.
Petang ni kita cite pasal anjing boleh. Cerita ni korang jangan ambik mudah, kena baca tau. Nanti bila berhadapan ngan anjing tak delah korang kekok semacam atau cam nak lari.
Tempat aku nunggu sebelum suami ambik lepas balik dari opis, memang dipenuhi ngan anjing tanpa tuan. Anjing tu nampak cam berpuak-puak. .Dorang suka menghabiskan masa di lorong -lorong gelap belakang restoran.
Turun je dari kereta kawan, jalan tak beberapa meter, mula datang sekor ngan muka ganas. Dalam hati aku kecut gak , malu pun ada ngan orang kat restoran tu, kalau aku nampak cam gabra semacam. Aku mesti bertindak sesuatu sebelum anjing ni bikin malu . Sebelum anjing tu bukak mulut sambil wat muka ganas , aku tak teragak-agak buat muka lebih ganas dari tu sambil tunjuk penendang yang tak berapa tinggi.
Lega , anjing tu blah, datang lagi geng dia kali ni sekali 4 ekor, jantung aku dup dap dup dap kencang, macam ada satu suara yang membisikkan kat telinga aku "cool, cool kalau ko takut , lagi dia kacau ko" .semangat semangat datang, aku jerit alah alah perlahan je tapi ngan muka paling ganas "hip! hip!!, ko blah ko blah, ." Selamat pun , anjing ni suka wat poyo je, sebab tu bila dorang kena kurung ngan tuan dia kat dalam pagar, masa tu aku jerit -jerit dan ejek, nak balas dendam.
Masa suami aku bawak motor pun anjing pernah kejar, nasib baik suami aku macho, bertindak ganas kejar dia balik. Nasihat aku tuk penunggang motosikal yang menghadapi situasi dikejar anjing gila cam tu, tolong ikut cara mamat sorang ni selepas dikejar anjing, dia berhentikan motor kat tepi jalan, dia kejar anjing tu balik , lintang pukang anjing tu lari..aku dah cakap dah , anjing suka buat gimik je.
Ingat tu murid -murid sila buat muka yang paling ganas kalau berhadapan ngan anjing yang ala ala cam nak serang dan salak korang atau sila buat-buat tunduk nak ambik batu.
Okey jumpa di lain waktu ye . Lain kali aku ajar cam mana nak berhadapan ngan singa atau harimau liar, tunggu ye lagi 2 atau 3 tahun, selepas aku balik dari bertapa. ekekek.
Baik korang cakap, korang takut ngan anjing ye?