Friday, April 1, 2011

daring

Salam hari Jumaat...................semoga hidup kawan-kawan semua dirahmati Allah SWT.

Tak tahulah kenapa semenjak kebelakangan ni mood nak update blog semakin berkurangan. Salah satu faktornya ialah semenjak pemimpin beralih kuasa, tak payah lah aku cerita secara terperinci, nanti kepala korang boleh pening. Sejak tu aturan hidup aku dah mula berubah. Mood kerja semakin berkurangan.

Apa perasaan korang kalau kerja yang dah menjadi darah daging korang terpaksa diserahkan pada orang lain. Bila nak update, ada je yang menghalang. Serabut. Tak payah cerita pasal tu lagilah.

Dah lama tak tepek gambar anak aku sorang ni.Jom layan gambar masa makan kat fruity hari tu.




Sibudak nakal ngan senjata pisau, biasalah bila aku nak ambik gamabar dia , macam-macam kelaku dia buat.



Sibudak nakal ngan garpu pulak.




Minuman peberet Firdaus Milk shake Vanila



Dah lama tak makan chicken sizzling, aku ngan suami order yang sama.



Firdaus bertukar selera ke chicken chop.



salad




Bear kecik ni pemberian fauzana , kawan sekelas Firdaus. Kecik lagi dah pandai cakap bercinta ngan Fauzana. Apa lagi aku menjerit "ahhhhh ahhhhh apa, bercinta!!!!! kecik lagi dah gedik"

Malam tadi singgah pasar malam kat umah aku ngan Firdaus. Terserempak ngan 2 budak perempuan ayu gitu ngan mak dia, tiba tiba dorang tegur Firdaus, sambil memicit-micit kedua belah pipi Firdaus yang tembam. Boleh gitu . Dalam hati aku "cis berani dia ngorat Firdaus depan aku," Firdaus tersipu-sipu malu.

Lepas budak perempuan tu belah, aku tanya firdaus "sapa budak tu, awek ko ye." Sengih-sengih Firdaus jawab"kawan sekolah, dia suka Firdaus".

Budak perempuan sekarang kecik lagi dah daring.he he he

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina