Pagi tadi masuk opis, aku buat satu persatu kerja paling urgent yang aku rasa. Aku nampak atas meja ada envelop cokelat besar (takuttttt , scaryyyy)sangat terpampang perkataan URGENT, aku campak ketepi dulu. Pirahhhh, Urgent tak urgent hanya aku sahaja yang tahu.Sikucing tahu apa.
11.50 pagi 7 kerja yang paling penting aku bereskan. Sedang aku leka sambil nyanyi lagu lady gaga(itu tipu je)menghabiskan kerja tu, sikucing call "u nampak tak envelop cokelat besar atas meja u, kalau boleh u siapkan hari ni, itu urgent." Aku yang tersenyum simpul di hujung talian "maaflah ye , saya tak bukak lagi, sebab saya ada kerja paling urgent dari tu." "tak pe, tak pe kalau u ada kerja urgent u buat dululah." terus aku dengar gagang telefon diletakkan.
Sekarang dah tahukan sapa yang poyoooo.Selama ni siapa yang buat kerja, mestilah aku. Sikucing hanya turunkan tandatangan. Jadi jangan nak perasan yang ko tahu mana satu kerja urgent.
7 kerja yang aku dah bereskan dalam keadaan paling tenang tanpa sikucing.ha ha ha ha
Nyawa aku selepas suami dan anak. Buku ni menulis segalanya tentang perancangan kerja aku. sikucing ko ada ke?
Buku kedua yang paling penting, dia tahu ke? 2 hari cuti aku bawak buku ni kat rumah, bereskan kerja dari rumah. Tak kan aku nak beritahu semua tu kat dia, hissss tak pandai aku bodek bodek ni. Semua kerja yang aku laksanakan, bagi aku satu amanah, perlu kena selesaikan, tapi tak payahlah aku nak beritahu orang cam mana caranya aku selesaikan. Tak de kan selama aku kerja sini production ko stop. ha ha ha.
Aku ni kalau keja opis banyak mengunung pun, aku cool , boleh bereskan sambil nyanyi lagu lady gaga. Tak pandailah wat keja banyak , tunjuk mimik muka , tangan ngan kaki sekali. Yang peliknya patern kaki bodek plak, tak de keja tu, tapi dia punya kulu kilir, ngan bunyi kasut berdetup detap, bos kalau nampak sah sah, bulan depan naik pangkat.
Betul kata orang kalau dah pilih kulit memang tetap pilih kulit, tapi aku tak kisahlah kan , aku kerja, bukan nak jadi kaya pun, sekadar cukup makan pakai, sudey.
Okey ye, bertemu lagi di masa akan datang dengan cerita tentang singa plak. ha ha ha. Jangan lupa ye, kalau suka cerita ni undi ngan sms .23232 type i like. ha ha