Semalam balik keja cam biasa aku lepak dulu ngadap komputer, ambik mood dulu sebelum nak mula masak. Sedang aku berkhayal diri berblowalking, suami aku keluar dari bilik air tanya "ada beli gas ke," aku kata '"tak de". Sah tong gas dah hilang . Kenapalah dorang ni kejam sangat , sampai 2 tong sekali diangkutnya pergi. his his, memang badang apa mengangkat tong gas petang-petang hari. Aku syak dorang ambik masa suami aku ngan firdaus keluar rumah ambik aku dari tempat keja.
Tak pe, curi lebih sikit. Otak aku ligat pikir kat mana dorang bawak tong gas tu. Aku selak phone book hp , cari no tel kedai yang ada jual tong gas berdekatan ngan rumah.Panggilan pertama ku buat pada &^%$ (tak boleh letak nama sebenar, banyak jiran yang baca blog aku)
Aku : ada tak orang jual tong gas kat akak?
akak : kenapa?
Aku : saja tanya.
akak : ada , satu tong je
Aku : orangnya cam mana (dah cam pegawai penyiasat plak)
akak : sorang lelaki ngan sorang perempuan ada bawak budak kecik. dia naik motor
Aku : orangnya akak kenal tak?
akak : tak
Aku : tak pe , terima kasih ye.
akak : kenapa ko tanya, baik cakap, tong gas ko hilang ye?
Aku : tak de .terima kasih ye. matikan panggilan.
Seterusnya aku buat panggilan ke kedai yang lain plak dengan soalan yang sama.......................
Pencuri tong gas hanya meninggalkan 2 biji kerusi buruk kat pintu belakang sebagai tanda kasih sayang .ekekek. Suami aku dah sorokkan. Senang banyak dia naik pakai kerusi ni. Aku intai gak, mana tahu ada barang rompakan yang lain seperti emas ke duit dia tercicir, hampehhh.Ada pun bangkai kucing yang tinggal tulang dimamah hujan .
Kejam!!!! kalau nak curi pun biarlah malam sikit, lepas aku masak bagai tuk Firdaus. pening aku dah petang nak cari tong gas, dah lah mahal sekarang ni.
nasib baik aku teringat dapur letrik yang suami beli dari dia punya awek china, ehhh ehhh bukan awek dia, kawan dia punya awek, lupa plak aku. Omputih cakap induction cooker, kalau salah eja harap maaf ye. Dah berkurun dapur ni , tak pernah aku pakai, biasalah aku kan old pesen. Apa barang pakai dapur tak nampak api. Dah terdesak malam tadi aku gigih gak mengunanya . Dapat lah masak maggi har me wat trial. suka banget firdaus nengoknya, nampak cam pelik muka dia, selalu dia nampak dapur ada api.
Tujuan aku buat panggilan ke kedai -kedai yang ada menjual tong gas tadi , sekadar nak mengenal pasti kedai-kedai yang membeli barang curi. Selagi ada orang yang membeli barang curi selagi tu pencuri berleluasa.
Kepada pencuri tong gas,(aku suka banget cara ko yang pro tu) kalau duit tu ko laburkan tuk beli dadah memang aku tak halalkan, kecuali kalau duit tu , tuk anak bini ko makan. Kalau aku dapat ko, ada hukuman teringin sangat aku nak kasi "KETUK KETAMPI SAMBIL PEGANG TONG GAS" lupa nak cakap , oleh kerana ko curi 2 tong ,ko kena pegang 2 tong gak.
okey jaga jaga tong gas korang ye.