Monday, April 25, 2011

X FILE

Salam hari senin.....................

oi oi oi banyak mesej kat chat box, jangan risau aku masih hidup setelah 2 hari tak bersiaran, akhirnya aku come back ngan x file. korang tahu x file tu apa? Sebelum tu , aku harap korang jangan risau tentang pencuri tong gas ye. Aku cian sebab dia ada anak kecik, tak sampai hati nak belasah. ekekek

Dah lama (2 hari je) tak menjengah kawan-kawan, maaflah, hari ni aku pegi ye, i'am suwer, kalau panjang umur. Berbalik cite tadi , x file tu gambar atau cite lama aku yang tersimpan dalam komputer . Saja je gedik nak panggil x file. Korang jangan pandang remeh tau, x file aku ni tak pernah keluar lagi kat blog, media cetak dan media elektronik.




Biasalah muka penyeri kat blog ni..................muka hari sabtu sebelum keluar makan kat food court.



Akak Firdaus , orang baru.

Jom layan x file

1)nasi goreng cili keping-keping, cam bestkan kalau nak makan nasi goreng cam ni, mesti teringat masa kat kampung , masak nasi goreng pakai dapur kayu.



Cili kering ngan 4 biji bawang merah di tumbuk . Kalau nak senang tumbuk , cili kering tu rendam ngan air panas sekejap. Masa tumbuk masukkan garam. Kalau tak de lesung batu guna blender kering.



Tumis cili sampai garing. Kecikkan api masa menumis. Masukkan bawang besar hiris ngan ikan bilis yang diblender kering.



Semua bahan tadi dah naik bau, last sekali baru masukkan nasi. Gaul sekata supaya cili tadi kena pada semua bahagian nasi.



Nampak tak nasi goreng yang ada kepingan cili. ekekek

Sambungan entry hari itu.



isi ayam dan udang



Bahan tumisan, bawang besar bombay(kuning) hiris, serai, daun limau purut, halia .



pilihan aku tomato ngan cendawan ni. Ikut hati korang yang mana idaman kalbu.




Seperti selalu aku suka tumis bahan-bahan tumisan termasuk paste tomyam. Dah naik bau , bubuh air, banyak air atau sikit air bergantung pada paste tomyam.



Last sekali baru letak isi ayam ngan udang.



jeng jeng jeng tomyam tomyam peberet aku, suami dan Firdaus



untuk izan comel lote, makcik guna mae pranom paste tomyam


Jangan lupa, kalau suka resepi ni sila vote ye. kalau tak jumpa tempat nak vote, sila tunggu esok.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina