Wednesday, April 13, 2011

maharaja lawak 5 kali ganda

Salam hari rabu......................... ceria-ceria tau, rajinkan diri buat keja, nanti boss marah, ayo yok tak tahu.

korang sekarang tak payah susah-susah nak tengok maharaja lawak, tak de astro pun korang boleh tengok maharaja lawak. nak tahu tak kat mana? mesti nak kan . Tengok je berita setiap malam kat tv, mesti keluar lawak tu.ha ha ha ha .lawak telur tiruan ngan video orang pakai towel hitam putih. Sehingga menarik perhatian Firdaus yang berumur 6 tahun "mak tu cite apa?" Sebagai rakyat Malaysia, aku dah buhsan buhsan buhsan , udah udah lah, tak payahlah buat lawak bodoh tu.

Budak 6 tahun pun nengok boleh gelak. korang pemimpin nak bergaduh , kita orang pulak nak kena melayan sama. korang buat siaran tv korang boleh tak , lepas tu ko siarlah video tu sampai sebulan. Kalau aku ada pengimbas masa cam Doraemon, aku nak je tunjuk kat pemimpin tu, berapa kali dorang dah siar cerita pasal video tu, cam tak gamaknya aku nak menyebut. ate teman idaklah nak nengok video hitam putuh tu, teman main yang berkeler je. udah jadi orang perak plak, teman ni.

TV kat rumah dah rosak hampir 6 bulan, bila ke kedai makan sajalah nak menumpang dengar berita. Dari minggu lepas aku nengoknya sampai sekarang berita yang sama lagi keluar. Alah dah buhsan lah video hitam putih, kaler kaler tak de ke? aku nak nengok berita hal ehwal semasa cerita lain selain dari politik, ada up sikit hari tu pasal orang bunuh diri terjun bangunan plak, tak tahu plak sampai bila. Tak berkembang otak aku nengok berita sekarang ni..........


Layan tomyam aku masak hari tu lagi best.........................






Telur dadar ye...



Jenggg jengggg Tomyam udang, ayam , cendawan dan tomato..resepi petang nanti atau sms 232322 kalau nak sangat ngan resepi tu .ekekek



Mestilah ada gambar intan payung pengarang jantung ni. alo alo dia tengah syok menghirup tomyam .




Pembaca yang tak dapat menekan no semalam dalam cerita kucing tu , jangan putus asa teruskan menghantar sms ye .ha ha ha

Kucing dah kembali hari ni, jadi aktiviti tikus ada kurang sikit, lambat sikit ye melawat sarang tebuan.ekekek


ta ti tu ta ti tu. syyyyyy buhsan video yang tak de klimaks...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina