Friday, April 22, 2011

cer explain cer explain

56Salam petang jumaat....................hari ni aku beli lauk lagi, sebab belum beli tong gas baru.

Oleh kerana ramai peminat tong gas nak tahu cite sebenar sebalik kejadian itu, di sini aku berbesar hati up satu entry lokasi kejadian, curi , pikul dan lari tong gas kesayangan aku tu.

Berapa lama aku simpan duit dalam tabung buluh nak beli tong gas tu. Hilang emas pun aku tak rasa terkilan cam hilang tong gas, sebab memang aku tak de barang emas pun.


Lokasi berdarah...........pencuri tong gas telah memanjat pagar ni......melalui kerusi coklat



masa masuk mata dia mesti melilau-lilau sekeliling (imiganasi aku je tu) , nasib baik ikan masin yang tergantung kat tepi tu dia tak sambar sekali.



Lepas tu dia menuju ke sini, di bawah tu tersimpan 2 biji tong gas.Dapur masak ni, terletak di luar pintu dapur.



Gambar secara dekat, mengikut DNA tempat kejadian(aku periksa sendiri), kerja ni dilakukan oleh dua orang.sorang tunggu luar atas motor, manakala sorang lagi tukang hulur tong gas dari dalam. Susah betul, dapat jiran belakang rumah yang buta.



Tempat ni selalu Firdaus bagi kucing makan.

Okey pagi tadi aku dah tahu di mana rumah pencuri tong gas tu. ehem ehem ehem, will see, sapa yang kena.

penuh misterikannnn entry kali ni,penyiasat persendirian biasa cam tu, buat kerja senyap-senyap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina