Tuesday, July 12, 2011

Syukur Alhamdulillah

Salam hari selasa..........


Syukur Alhamdulillah semalam dapat sikit ikan cencaru, selar ngan tamban baru naik dari laut. Dua hari lepas baru cite pasal kenaikan harga ikan dan ayam, tup tup dapat ikan fresh plak. Kalau nak diikutkan dah lama suami aku tak turun ke laut sebab faktor cuaca tak menentu. Ikan ni pun kawan dia yang bagi.

Kalau ikan segar selalunya suami suruh kukus cara simple je, sebab dia nak rasa kemanisan ikan tu, kalau dah letak benda -benda lain ,dah lain plak rasanya.

Rumah ni kalau ikan memang teruja sikit, terutama Firdaus, sebab dia suka makan ayam ngan ikan je.

Jom layan ikan cencaru kukus, kalau beli kat pasar memang tak de maknanya nak kukus nasib baik ikan cencaru ni baru naik dari laut..



Malu nak cakap, sebenarnya aku first time nengok dan pegang ikan cencaru yang baru naik dari laut, selalu nampak kat pasar je. Badan cencaru sedikit licin dan berlendir, itu tandanya ikan baru naik dari laut.



Tarik insang sekali ngan perut , cuci perut lepas tu lalu kan bawah air je. Susun ikan dalam loyang, hiris 1/2 inci halia, bawang merah 3 biji hiris, letak kicap cair, dua tiga titik minyak bijan ngan sedikit serbuk lada hitam.Jangan lupa buh air separas ikan. lepas tu kukus 15 minit je.


Dah siap ikan cencaru kukus.


Tak kan ikan kukus je kan, mesti ada sayur. Aku tak dapat tangkap nama sayur ni, nak kata kobis cam baby kailan, nak kata baby kailan tak baby pun cam mother adalah.



Sayur tu goreng ngan bawang putih ngan sos tiram.Kalau dah bubuh sos tiram, jangan letak garam lagi sebab sos tu dah masin.


Firdaus punya.


Isi ikan cencaru.



Sebelum makan kena baca doa makan dulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina