Dah lama rasanya blog masak ni sepi, bukan tak ingat tapi sibuk.Hari ni cuba nak gigih update satu persatu.
Mee ni goreng pagi semalam sebelum pegi rumah anak . Tetiba plak rasa cam nak makan mee goreng pedas . Pada aku pedaslah, tapi kalau korang makan memanglah tak pedas.
mee ni 2 bungkus
Kalau nak mee goreng korang kelihatan basah dan tak kanting,kenalah basuh dan tuskan dulu sebelum digoreng .
untuk sayur aku guna 6 batang sawi dan 50 sen taugeh.
kisar kering 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 7 biji cili api ngan 8 ekor ikan bilis.
isi ayam bahagian dada dipotong kecik.(banyak ikut suka)
Tumis bahan kisar sampai naik bau, lepas tu masukkan sawi, masukkan mee kuning tadi, kecikkan api, bubuh kicap kipas udang, goreng dan kacau sekata hingga mee jadi lembut. Sebelum angkat jangan lupa bubuh taugeh yang dah basuh dan dituskan. Aku tak bubuh garam, hanya bubuh 5 atau 6 titik kicap cair.
Mee goreng yang tak berapa nak pedas tapi sedap.
Family suka makan mee goreng ngan telur goreng.
Tips ngetop
1)Jangan sesekali bubuh garam yang banyak ketika mengoreng mee, sebab mee dah masin. Kalau kita dah bubuh kicap masa mengoreng contoh kicap kipas udang, seelok-eloknya tak payah bubuh garam lagi.
2)Jangan lupa basuh dan tuskan mee kuning bagi mengelakkan kelihatan kanting atau kering selepas digoreng.