Friday, November 18, 2011

Masak dialam realiti VS Masak dialam maya-Homemade pizza

Salam hari Jumaat

Jom masak.............

Aku ada dua dapur, satu alam realiti , satu lagi alam maya.Korang pilihlah yang mana satu korang suka..



Aku terpaksa pilih dapur alam realiti , anak-anak plak pilih  dapur alam maya. Habis tu kalau dorang sibuk kat dapur alam maya, perut lapar nak isi ngan apa, Aku gak yang kena masak.Tahu tak pe.

Selama ni  aku tak tahu plak dorang bertiga tu main masak-masak kat dapur alam maya, kah kah kah, satu hari  aku tersekodeng dorang tengah kecoh masak piza kat sara cooking online. Tak boleh blah, dah habis masak  piza, dorang boleh ajak aku makan. cis berdebah.

Malam tadi Firdaus ajar aku masak piza kat dapur sara. Jenuh gak, biasalah aku kan tak berapa minat main games, jadi tak de lah mahir sangat benda-benda tu semua. Hisss hisss, budak sekarang , baru 6 tahun ligat guna komputer, aku plak yang terhegeh-hegeh.Tak boleh layan sangat main games online ni, boleh ketagih. Sekali dua tak pe, kalau setiap hari  mau dapur aku tak berasap.












Aku pelik cara Firdaus duk depan lappy, cam ni gak cara dia duk kat bawah. Kalau aku duk cam tu, mau susah nak bangun, kaki ngan betis kebas, almaklumlah badan selim melim.kah kah kah

Dapur alam realiti minggu lepas bakar kek lemon yogurt lagi .Mesti korang nak muntahkan, dalam bulan ni je, ntah berapa kali aku tepek resepi kek ni. Janganlah marah, habis tu kek ni je yang jadi peberet suami ngan anak-anak selain dari kek coklat.




Kalau dah bertiga kat dapur, cam ni lah rupanya, sebab tu aku halau dorang ke depan time aku masak. Dah besau pun nak bergaduh. Senang aku buat keja sorang -sorang, cepat siap, time makan nanti aku panggil. Spesis aku suka masak sorang -sorang, tak moh orang kacau, tak fokus. kalau nak tolong  pun, masak nasi je, yang lain aku buat sendiri. Korang plak cam mana?





Bahan wajib ada tuk kek lemon beryogurt tu.

Kek ni versi lain dari yang sebelumnya aku pernah tepek kat sini. Resepi kali ni lebih ringkas dan mudah.

Kek lemon

Bowl pertama

1)150 gm gula castor-
2)3 butir telur
3)1 bji lemon ambik jusnya
4)1 cup plain yogurt-yang ni sesuka hati aku guna yogurt mixed  berry
5)sedikit parutan kulit lemon

Bowl kedua
1)200gm tepung naik sendiri(self raising flour) + 1/2 tsp garam -

butter 100 grams-cairkan

Cara membuatnya

Satukan yogurt + telur 3 biji + lemon jus +castor sugar-putar guna  handwhisk.Tuang ke dalam bowl kedua secara perlahan -lahan sambil memukul guna handwhisk atau mesin pemutar. Kemudian masukkan butter cair perlahan -lahan sambil memutar adunan, Putar hingga gebu, last sekali masukkan parutan kulit lemon.
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius........
lengserkan acuan ngan majerin
Bakar selama 40 minit.......




Tedap tau kek ni , samada dimakan ketika musim panas , sejuk, salji, bunga mahupun musim luruh.

cau dulu, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA, semoga masa bersama family , menjadi detik-detik yang paling berharga dan indah dalam hidup kita.InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina