Monday, February 14, 2011

gedik

Hari ni enrty kurang berbisa, sebab tangan aku ni tengah sakit macam nak tercabut.Mungkin sebab nak pelempang orang kot atau salah tidur. Oleh kerana tak de entry yang best sangat, aku suka sangat nak cerita pasal kawan yang masih belum sedar ni. Aku ni suka je perhatikan perangai dia cam nak menjolok mata tu. Selagi boleh kool aku kool, tapi sekarang cam nak termuntah tengok keranah dia .

Kadang-kadang selalu aku perhatikan, perempuan yang dah kahwin atau dipanggil bini orang ni, dah tak tahu status sendiri bila bergaul ngan orang lelaki terutama suami orang. Batas -batas yang harus dijaga sebagai isteri orang.Cerita ni , pasal kawan aku sorang ni. Suka sangat nak mengadu domba segala masalah pada seorang lelaki yang bergelar suami orang. Nanti esok ada masalah , suka nak menangis kat kaki aku.

Aku memang benci sangatlah, kalau bini orang ni nak tergedik-gedik cakap cam nak masuk dalam kain ngan laki orang atau laki bujang. Kalau adik aku dah lama kena penampar siam. Kenapa sakit pening tak boleh mengadu ngan laki sendiri ke?Aku bukan apa, banyak kes bini orang main kayu tiga yang aku dah handle.

Kalau dah rasa belum puas mengatal, tak payah kahwin cepat-cepat, gatal puas-puas, dah puas baru kahwin. Kes cam ni jadi dulu tak puas gatal, nak kahwin cepat. Bila dah kerja dapat pulak bergaul ngan kawan lelaki yang ganteng, mula otak dah pikir lain. Suami kat rumah dah jadi tak sesuai, kononnya.

Pelik tu telinga aku sendiri dengar, kalau ngan lelaki kat opis tu cakap punyalah lembut, kalau dengar semua boleh terlondeh. Bila cakap ngan suami sendiri dalam telefon, punyalah menengking. Pantang ada lelaki belanja makan , laju je. Suka sangat terhutang budi ngan orang.


Aku cerita ni bab bini orang, laki orang punya cerita tak de kena mengena ngan aku .korang punya pasal.




Senyum tapir : Aku harap orang yang dimaksudkan tu membaca entry aku ni ngan sedu sedan yang teramat sangat.hua hua hua

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina