Thursday, June 23, 2011

pucuk paku

Salam hari khamis...................


Maaf sebelum update nak sapu sawang dulu, dah 2 hari tak balik rumah ni. takut merajuk plak

Nak tepek nasi goreng masak pagi tadi.





6 batang pucuk ngan daun paku. cuci berseh dan tuskan.

6 ulas bawang merah dihris kemudian dikisar kering
6 tangkai cili kering dikisar kering
segengam ikan bilis basuh dan kisar kering



Tumis bawang kisar hingga naik bau dan kekuningan



Selepas tu masukkan cili kisar, kecik api, tumis cili sampai pecah minyak.



Masukkan ikan bilis kisar, tumis hingga sedikit garing.



Kemudian masukkan daun ngan pucuk paku tadi. Kacau sekejap, masukan nasi sejuk yang digaul sedikit garam. Kacau hingga nasi ngan bahan tumisan bergaul mesra.Sebelum angkat perasakan ngan 1 sudu sos tiram.



Jeng jeng nasi goreng dah siap, satu bekas bawak ke opis, tengahari nanti tak payah beli nasi.



Tips ngetop


1) kalau nak nasi goreng yang sedap pastikan bahan tumisan menetapi piawaian, maksudnya naik bau dan pecah minyak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina