Tuesday, June 14, 2011

sempoi

Salam hari selasa............

Petang semalam masak sambal kentang + telur goreng sambal. cam ni pun bolehkan , ni gara-gara nak masak tapi tak de idea .

Dah jemu plak asyik makan ikan je. Jom layan resepi tak semenggah ni..




Sebelum ....



Jeng jeng selepas.................

Bahan utama

5 biji telur rebus, kopek kulit dan goreng
5 biji kentang, kupas kulit kemudiam potong baji, rebus sampai empuk dan goreng(masa rebus jangan lupa buh garam ye)

Bahan bumbu(dah cam ala ala indon plak)

1)15 tangkai cili kering + 5 ulas bawang merah kecik diblender kering
2)3 sudu besar cili sos
3)2 sudu besar sos tiram(kalau tak letak pun tak pe)
4)1 labu bawang besar dihiris bulat.

Tumis cili blender tadi, sampai pecah minyak. Jangan lupa buh sedikit air dan kecikkan api masa menumis.Bila dah pecah minyak buh sos cili ngan soso tiram. Kacau sekejap lepas tu buh secoet perasa, garam ngan sesudu gula sebagai penambah rasa.. Last sekali masukkan kentang ngan telur goreng tadi.Jangan lupa buh hirisan bawang besar. kacau lagi, biar seminit , kemudian angkat.




Budak nakal gigit pinggan.

Lupa plak aku ada masak kangkung goreng belacan, selain dari kari ikan balance 2 hari lepas. Jangan marah, kuah kari ikan lagi lama lagi sedap tau.



Geram je ngan budak yang suka buat muka ni.


Selamat mencuba masakan paling sempoi ni buat geli-geli.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina