Pagi tadikan aku dah janji nak bersiaran , siap pesan kat korang bukak channel 12 dulu, tunggu kat depan tv sampai aku datang, aku janji aku kota (cam bagus-baguskan) Insyaallah .
Apa khabar adik, akak, abang, pakcik , nenek ngan atok semua. Dah makan ke belum?
Sebelum masak kita bergosip dulu ye..........
Layan gosip cik senah jap ye( sumpah betul punya gosip)
Saja je nak buat gosip pasal kawan aku sorang tu , ada ke patut hari tu dia baru balik dari umah kawan dia yang kat luar negara tu, aku tahulah kawan dia pandai semuanya ada ijazah ngan kaya-kaya belaka, aku ni apalah sangat setakat SPM, dia boleh duk cakap aku ni tak sesuai kalau nak kawan ngan kawan dia. Statement bodoh ke hapa tu, sapa plak nak kawan ngan kawan dia.Aku yang tak de kawan ngan sesiapa ni pun tak de lah terkinja-kinja nak kawan ngan kawan dia.
Aku tak dengki pun kalau orang lain pandai, berpangkat, atau berharta, aku selesa je duduk dalam dunia aku sendiri, tak kacau dan menyusahkan orang lain, tapi jangan sentuh aku dulu. Statement bodoh yang keluar dari budak pandai tu lagi yang buat dadaku berkocok-kocok boleh plak dia cakap
Budak pandai : korang tahu tak dalam esbok rumah kawan aku tu tak jumpa botol kicap ngan cili sos. Esbok rumah kita kat sinikan ada botol kicap ngan cili sos je.
Aku(cam nak penampar dia 20kali ): rumah ko je ada botol kicap ngan cili sos) , rumah aku ada je botol herba tu semua, tak kan aku nak tunjuk kat ko kot.
motip aku bukan nak menunjuk atau kutuk esbok rumah orang lain ye, tapi nak mengajar budak yang tak sedar diri tu.. Suka sangat susukan kera kat hutan. anak kat rumah biarkan kelaparan. cit cit.Jadi manusia jangan tahu pandai cakap kalau tak tahu apa-apa.
let us to the zoo, opssss sorry buat tempura chicken nugget. Nak join club masak-masak tak, kalau nak submitt form ye.Dah submitt faxkan ke 700251521, sekiranya tak dapat jangan sesekali putus asa, usaha tangga kejayaan, cuba banyak kali.
Ambik pen dan kertas, 1,2,3 mula salin....
Semua di atas sekali (Parsley, oregano, black pepper ngan serbuk halia(kalau suka boleh gak buh serbuk bawang) ngan sedikit garam serba sikit campurkan ke dalam mangkuk kecil.
Bab herba ni jangan buh berlebih-lebihan nanti tempura nugget korang rasa chayanunalif punya setanggi tok pekong. Jangan cakap aku tak bagitahu plak.siap korang aku debik nanti.
2 keping dada ayam yang dibuang t tulang kisar hingga halus kemudian gaulkan ngan semua herba , serbuk halia ngan sedikit garam tadi.
Guna scoop sekerim senang sikit.Bulatkan semua.
Lepas tu gaulkan dalam tepung gandum. tepung gandum ni saja je aku buh sikit black pepper.
Celupkan ke dalam bancuhan telur, kemudian celup kedalam tepung gandum semula, leperkan sedikit , ikut suka hati korang nak buat bentuk apa.
korang rasa ni bentuk apa? bentuk piring tak sudah pun ada. lenkali kalau buat tempura ni aku nak buh cheese dalamnya, sukatilah kan, ini tempura chicken nuggetku.
Buh atas dulang yang sedikit bertepung supaya tak melekat.
Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas. Lepas goreng kalau nak frozenkan pun boleh. Masa nak makan baru goreng .
mantopkan tempura chicken nugget ku
meh ambik sorang sikit, upah nengok rancangan ni.
Bawak bekal ke opis
Tempura chicken nugget berbeza ngan nugget ayam. Nugget ayam kandungannya bukan 100% isi ayam, luarnya disalut ngan bread crumbs manakala tempura chicken nugget terdiri dari 100% isi ayam, luarnya disalut ngan tepung biasa je.
Bagi laluan pada iklan ye, ..........sehingga berjumpa dilain rancangan majulah sukan untuk negara...............