Tuesday, February 7, 2012

Produk Marina & Seri Murni- Marina Hawaiian Tempura chicken nugget

Kasihan ngan Datuk Ramly (Ramly berger) jadi mangsa fitnah selepas minyak sri murni ngan roti massimo. Masalahnya kalau Robert kuok difitnah masuk gak akal sebab dia cina, habis cam mano orang melayu beragama islam pun kena finah guna DNA baalifbaya. Doniya, doniya memang tak boleh tengok orang lain senang. Jangan fitnah fitnah dosa tau. Dulu sebelum produk marina di pasaran, aku suka beli produk Ramly, beef nugget ngan chicken nugget .tedapnya. Buat masa ni, InsyaAllah aku setia ngan produk marina ngan seri murni , support kawan mah : )


Hari tu teman seperjuangan datang ofis dia tanya kenapa aku dah lama tak cite pasal produk marina ngan seri murni dalam blog aku. Sebelum dia tanya tanya tanya banyak kali, hari ni aku kenalah cite pasal produk tu . Aku saje nak bagi tau taukeh besar produk tu Robert kuok ye diulang sekali lagi Robert Kuok, aku mesti support dia,setiap bulan dia bagi gaji : ) Sebelum keja ngan Robert Kuok , aku keja ngan FELDA sebagai pembantu makmal , masa tu FELDA belum diperbadankan. Keja aku setiap hari test getah sampai naik muntah, kalau test lulus, kena masukkan plak data kat dalam komputer kemudian kena print out cert SMR.Hampir 3 tahun aku buat keja tu, lepas FELDA diperbadankan pada tahun 1996, aku berhenti , aku keja kat tempat sekarang ni.

Apa yang ko bebelkan labu????????? tadi kan aku nak cite pasal nugget Marina ngan sri murni, marilah sama-sama beli produk Marina ngan seri murni terutama Tempura chicken nugget dan produk lain yang seangkatan dengannya. OOOO lupa nak bagi tau sebelum keja FELDA aku keja kilang KFC , sekarang ni Ayamas. Kalau diikut banyak tempat jugak aku keja, biasalah dulu darah muda suka ikut kepala sendiri.


Dulu setiap kali ada produk baru yang akan keluar, aku dan beberapa teman ofis buat ujirasa , yang paling last kitaorang ujirasa tempura nugget yang kandungannya ada nenas , cheese dan mayonis kalau tak silap aku. Sekarang ni cam dah lama tak buat ujirasa, geng jangan lupa kawan.

Jeng jeng jeng dah ada dipasaran Hawaiian tempura chicken nugget , kalau tak silap aku harga sebungkus RM12.99/kg


Credit to Tesco -



Seri murni bbq chicken nugget



Marina tempura chicken nugget

Jangan lupa dapatkan produk marina ngan seri murni dipasaran, bukan dapat free kena bayar tau .

Hendaknya kawan aku tu puas hatilah ye ngan cite ni : )

Jumpa lagi dilain hari dan waktu, lepas ni aku nak menyibukkan diri buat cookies sebelum tu ni barang dulu kat pasaraya berdekatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina