Saturday, December 18, 2010

Perkara umum(2)-Alasan

Pagi tadi perkara umum, sekarang pun yang sama jugak aku tulis. Percambahan mood menulis, semenjak kebelakangan ini, baik. Aku akan menulis terus, selagi orang berminat hendak membacanya.

Perkara umum yang aku nak tulis, adalah tentang masak. Angkat tangan, siapa yang tak tahu masak . Jangan nak tipulah, kalau tak pandai masak sekali pun, setidak-tidaknya, masak nasi tak kan tak tahu. Tak ada masa, malas, tak tahu masak, pelbagai alasan yang kita dengar bila seseorang itu tak nak memasak. Aku ni tak suka disogok dengan pelbagai alasan , bila diajukan tentang masak. Hakikat sebenar , malas mengusai diri.

Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih, pepatah pun dah menyebut. Jadi, kenapa ragu-ragu nak beritahu, yang kita malas bukan tak tahu atau tak ada masa. Semenjak kebelakangan ni , sifat malas aku semakin menyerlah. Hujung minggu je, baru ada mood nak memasak.Itu pun memasak yang simple je. Bertepatan dengan mood memasak yang ada, aku titipkan sekali, resepi yang simple dan tak memerlukan masa yang lama nak menyediakan, khas untuk pembaca yang dihormati.





Tak memerlukan bahan-bahan yang memeningkan kepala. Mungkin bahan-bahan ni, ada dalam peti sejuk semua orang.




Tumis semua dalam kuali, step by step. Pembaca kat luar sana, semua bijak pandai, mesti tahu ,yang mana nak dimulai dulu. Akhir sekali, campak pes tomyam dengan sos tiram. Kalau nak kuah , tambah sedikit air. Bubuh gula ngan garam sebagai penambah rasa.




Mudahkan,tak sampai pun beberapa jam, dah dapat satu hidangan makan tengahari. Kalau nak tambah lauk, bolehlah goreng telur dadar.


senyum tapir : Semoga mood memasak terus bercambah dengan sihatnya.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina